TRADERTOWN.my

Gambar oleh Adam Mazmanian

Pengurangan Kadar Royalti (RRR): pilih kasih atau disisih?

Biro Pengurusan Tanah (BLM) dilaporkan telah menerima pakai polisi yang tidak jelas untuk pampasan royalti sementara bagi tanah persekutuan. BLM sebelum ini enggan meluluskan pampasan untuk syarikat minyak yang terjejas teruk akibat kejatuhan harga.

BLM mengimplementasikan polisi tersebut pada Mac bertujuan untuk menghalang penutupan telaga minyak dan gas yang boleh mengakibatkan kerugian kekal. Namun, polisi itu tidak terlepas daripada terpalit dengan kontroversi.

Pihak Pentadbiran Amerika Syarikat (A.S) menolak idea penggurangan kadar royalti secara menyeluruh di tanah persekutuan dan luar pesisir, sebaliknya berkata bahawa pihak mereka akan mempertimbangkan pemotongan kadar royalti 2 bulan berdasarkan kes.

BLM telah mengeluarkan panduan mengenai langkah-langkah yang dapat diambil oleh pengusaha minyak dan gas ketika memohon Penggurangan Kadar Royalti (RRR) akibat kesan pandemik COVID-19. 5 pejabat negeri BLM telah menerima permohonan pelepasan royalti sementara untuk sejumlah 1,689 pajakan minyak dan gas dari bulan Mac sehingga Jun. Daripada jumlah itu, kira-kira 581 permohonan sahaja yang diluluskan untuk penggurangan kadar royalti.

Government Accountable Office (GAO) menggesa agar pihak BLM menambah baik sistem dan menetapkan garis panduan yang jelas bagi memastikan sesuatu permohanan untuk Penggurangan Kadar Royalti (RRR) diterima atau ditolak. Antara cadangan lain adalah mengemas kini buku panduan BLM 1995 untuk menyediakan polisi dan prosedur yang spesifik, konsisten dan telus bagi bantuan penggurangan royalti.

Pihaknya turut menambah yang ketidakjelasan polisi tentang bantuan berkaitan royalti menggaburkan manfaat terhadap pembayar cukai dan pendapatan persekutuan. Royalti merupakan satu bentuk bayaran yang dibuat oleh syarikat minyak kepada kerajaan Persekutuan bagi minyak dan gas yang diesktrak daripada tanah dan air kawasan awam. Pendapatan hasil daripada pembayaran royalti itu akan dibahagikan kepada Perbendaharaan Negara dan negeri yang terlibat dengan kawasan cari gali minyak dan gas tersebut. Namun, kadar peratus yang dikenakan adalah berbeza.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *