TRADERTOWN.my

rundingan picture
Gambar oleh Jacovides Dominique/Pool/Abaca/S

Rundingan Politik Di Ukraine Punca Dolar Turun?

Mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD) turun semasa sesi dagangan awal Eropah.

Indeks Dolar didagangkan 0.3% lebih rendah berbanding mata wang lain pada 95.745.

Antara faktor penyumbang kepada penurunan USD ini adalah sentimen risiko yang semakin berkurang. Pengurangan sentimen risiko ini adalah disebabkan oleh potensi rundingan politik menerusi sidang kemuncak antara Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat dan Vladimir Putin, Presiden Rusia berhubung konflik geopolitik di sempadan Ukraine.

Berita mengenai potensi rundingan menerusi sidang kemuncak itu datang daripada pejabat Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang telah mencadangkan idea itu kepada kedua-dua pemimpin negara kuasa besar itu.

Sebelum ini, Rumah Putih A.S berkata dalam satu kenyataan bahawa Joe Biden akan menerima pertemuan tersebut dengan syarat pencerobohan oleh Tentera Rusia di Ukraine tidak berlaku.

Namun begitu, menurut jangkaan kebanyakkan penganalisis, krisis geopolitik di Ukraine tidak memberi impak besar sepertimana risiko inflasi dan keputusan Bank Pusat kepada pasaran kewangan.

Sementara itu, pasangan mata wang EUR/USD naik 0.5% kepada 1.1373.

Harga Indeks Pengeluar Jerman naik 2.2%. Peningkatan ini menyokong kenaikan mata wang EUR.

Manakala pasangan mata wang lain seperti USD/JPY turun 0.1% kepada 114.96, AUD/USD naik 0.6% kepada 0.7217 dan USD/RUB pula turun 0.9% kepada 76.6073.

Dapatkan signal dan belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *