TRADERTOWN.my

Gambar oleh Maxim Shemetov

Sinar baharu buat Arab Saudi?

Menurut penganalisis di Goldman Sachs, Arab Saudi kelihatan optimis tentang masa hadapan harga minyak. Berdasarkan penggiraan, pelan bajet Arab Saudi adalah berdasarkan purata $50/barel untuk minyak mentah Brent antara tahun 2020 dan 2023.

Walaupun penggiraan bajet kerajaan Arab Saudi adalah bersandarkan kepada jangkaan $50/barel, namun Brent dianggarkan akan menjadi lebih murah. Sekiranya Brent menjadi jauh lebih murah, Arab Saudi akan berdepan masalah untuk menggurangkan defisit negaranya.

Perkara ini disokong oleh Arab Saudi yang mengakui bahawa pandemik COVID-19 ini benar-benar memberi kesan kepada kewangan mereka. Dalam perkembangan terbaru, gabenor Lembaga Kewangan Arab Saudi berkata yang tinjauan kewangan tahunan masih lagi dalam keadaan samar.

Julai lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata bahawa kejatuhan harga dan pemotongan pengeluaran akan memberi impak besar kepada negara pengesksport minyak di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Jumlah pendapatan hasil minyak untuk negara yang terlibat dianggarkan menjunam sebanyak $270 bilion tahun ini berbanding pada tahun 2019.

Arab Saudi yang merupakan kuasa besar ekonomi minyak di Teluk juga tidak terkecuali dengan musibah ini. Walau bagaimanapun, pengeluar minyak terbesar dalam kalangan Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) itu yakin bahawa harga minyak akan kembali pulih tahun depan apabila permintaan dan pengeluaran kembali stabil.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *