TRADERTOWN.my

Gambar oleh Joe Raedle

Mampukah industri minyak terus bertahan?

Operator perpaipan minyak Amerika Syarikat (A.S) telah menggurangkan yuran untuk menggalakkan pelanggan di Texas agar terus menggunakan jaringan mereka untuk menghantar barel ke Gulf Coast.

Menurut sumber, Kinder Morgan Inc (NYSE:KMI) menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk pelanggan sedia ada bagi perpaipan minyak Eagle Ford.

Magellan Midstream (NYSE:MMP) Partners LP sedang berunding untuk merendahkan tarif terhadap sistem BridgeTex Permian bagi sebilangan pengguna yang akan memperbaharui kontrak pada penghujung tahun 2020.

Energy Transfer (NYSE:ET) LP merancang mengadakan sejumlah program insentif kepada mereka yang layak bagi projek Permian Express 2 dan 3 perpaipan minyak.

Diskaun ini menggambarkan usaha oleh syarikat perpaipan minyak untuk mengatasi kelembapan penggunaan minyak dan kelewatan penggerudian di wilayah produktif seperti Lembangan Permian setelah mereka menggandakan kapasiti dalam tempoh beberapa tahun ini.

Tahun lepas, Enterprise Products Partners (NYSE:EPD) LP menghentikan rancangan untuk perpaipan utama minyak mentah yang akan menambah kapasiti kira-kira 450,000 barel sehari untuk sistem yang membawa minyak daripada Permian kepada Gulf Coast. Kekurangan permintaan untuk kapasiti perpaipan telah menggurangkan premium untuk minyak yang dihantar ke hab eksport di Gulf Coast kepada bawah $1 berbanding pada harga $3 pada awal tahun ini. Kejatuhan harga ini tidak cukup untuk menampung kos pengangkutan untuk kebanyakan perpaipan Permian.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *