TRADERTOWN.my

Tesco picture
Gambar oleh tesco.com

Tesco, Karl Heinz Selesaikan Isu Perselisihan Harga

Tesco dan Kraft Heinz Co telah memeterai perjanjian untuk mengembalikan produk gergasi makanan Amerika Syarikat ke rak rangkaian pasar raya itu.

Untuk pembelian dalam talian, ia akan tersedia dalam beberapa hari akan datang.

Kraft Heinz sebelum ini telah berhenti membekalkan beberapa produk seperti sos tomato dan kacang panggang kepada Tesco. Hal ini kerana rangkaian pasar raya itu enggan mengenakan harga yang lebih tinggi kepada pelanggan di saat inflasi yang meningkat.

Tesco yang memegang lebih daripada 27% bahagian pasaran runcit Britain, telah memohon maaf atas ketiadaan produk Heinz. Tetapi pada masa itu enggan meluluskan kenaikan harga yang ia kira sebagai ‘tidak wajar’ kepada para pelanggannya.

Kraft Heinz bagaimanapun berkata, ia sedang bertarung untuk menyediakan produk bernilai baik dalam pasaran yang dilanda peningkatan kos komoditi dan pengeluaran.

Peruncit Eropah ketika ini terkunci dalam rundingan harga lanjutan dengan syarikat makanan gergasi yang telah mengumumkan rancangan untuk menaikkan harga. Ini bagi mengurangkan kesan kenaikan kos bahan mentah.

Kongsi Melalui: