TRADERTOWN.my

Volkswagen picture
Gambar oleh www.volkswagen.com.my

Volkswagen Bina Kilang Bateri Kereta

Volkswagen dan rakan kongsinya akan membina kilang sel bateri bernilai lebih 20 bilion Euro. Kilang ini merupakan kilang bateri Eropah pertama mereka yang terletak di Salzgitter, Jerman.

Kilang yang diberi nama ‘SalzGiga’ itu adalah satu usaha untuk menandingi kilang Tesla, ‘Gigafactory’ yang baru dibuka berhampiran Berlin.

Kilang tersebut bakal mencipta 20,000 peluang pekerjaan dan mereka menyasarkan jualan tahunan lebih 20 bilion Euro menjelang 2030. Mereka juga menyasarkan untuk mengalahkan Tesla yang pada masa ini mendahului di pasaran mengembang.

Volkswagen sendiri turut mengatakan bahawa projek itu adalah untuk membantu syarikat itu mengejar dan akhirnya mengatasi Tesla pada masa akan datang.

Kata Caselor Jeman, Olaf Schloz, pandemic dan perang Rusia-Ukraine adalah petunjuk jelas bahawa kebergantungan kepada rantaian bekalan global bermakna risiko yang besar.

Projek sel bateri ini membayangkan pembinaan enam kilang di Eropah dan dua di Amerika Utara. Salzgitter akan menjadi ‘blueprint’ untuk kemudahan pengeluaran standard masa hadapan Volkswagen.

Volkswagen sebelum ini berkata membuat bateri yang mencukupi untuk semua kereta adalah cabaran terbesar peralihan kepada kenderaan elektrik.

Syarikat itu juga telah melancarkan rancangan untuk membina kilang dengan kapasiti dengan 240 gigawat jam menjelang tahun 2030.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *