TRADERTOWN.my

inflasi picture
Gambar oleh IANS

Turun naik inflasi buat jantung pelabur emas berdegup kencang!

Kebimbangan terhadap peningkatan inflasi yang disuarakan oleh pegawai Rizab Persekutuan tidak berjaya membawa kepada lonjakan harga emas apabila instrumen itu jatuh lagi semasa sesi pagi pasaran Asia.

Niaga hadapan emas jatuh 0.23% kepada $1,880. Meskipun Dolar Amerika Syarikat (USD) bergerak berlawanan arah dengan emas, namun USD juga turut jatuh ke paras terendah dalam tempoh empat bulan semasa sesi pembukaan pasaran pada hari Selasa.

Dapatkan signal dan pembelajaran percuma dalam pelaburan emas dan minyak mentah. Klik sini.

Data Hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (U.S Treasury Yield) juga turut mencatakan kemerosotan dalam tempoh dua minggu.

Menurut Gabenor St Louis, James Bullard berkata bahawa kadar inflasi dijangka meningkat pada paras 2% ke atas untuk tahun 2021 dan 2022.

Sementara itu, pelabur juga sedang menantikan keputusan bank pusat negara lain. Bank Indonesia, Bank Rizab New Zealand dan Bank Korea dijangka akan menghantar keputusan polisi mereka dalam minggu ini.

group support minyak

Selain itu, A.S dijadualkan akan mengeluarkan Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) pada hari Khamis ini. PCE merupakan cara kegemaran bagi Persekutuan untuk mengukur tahap inflasi.

Buat masa ini, pelabur masih lagi mengekalkan sentimen menaik terhadap emas. Namun begitu, para pelabur masih lagi dinasihatkan supaya berhati-hati kerana kebimbangan risiko terhadap inflasi dan penularan jangkitan COVID-19 yang semakin teruk di kebanyakkan negara dunia.

Emas digunakan sebagai instrumen pelaburan safe haven untuk menggurangkan kesan inflasi.

Logam lain seperti paladium mencatatkan 0.5% kenaikan manakala perak dan platinum masing-masing mencatatkan penurunan 0.6% dan 0.2%.

group signal

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *