TRADERTOWN.my

perlombongan kripto picture
Gambar oleh James MacDonald/Bloomberg/Getty

Syarikat perlombongan kripto sasar projek solar terbesar A.S

Syarikat perlombongan kripto, Madison River Equity sedang meneliti rancangan untuk terlibat dalam Projek Lembangan Solar di Montana, Amerika Syarikat sebagai kemunculan sulungnya dalam projek tenaga solar. Projek tersebut merupakan antara projek solar yang terbesar di A.S.

Belajar analisis teknikal untuk pelaburan saham emas dan minyak mentah global secara percuma. Klik sini.

Bagaimanapun, projek solar yang berkeluasan 1600 ekar yang dicadangkan oleh Madison River Equity LLC tersebut telah mendapat tentangan hebat daripada aktivis alam sekitar dan penduduk setempat. Hal ini kerana projek itu dikatakan bakal memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar dan membahayakan masyarakat setempat berdasarkan beberapa perkara.

Pertama, saiz projek solar tersebut yang terlampau besar. Projek tersebut yang mampu menjana sehingga 300MW untuk 40,000 buah rumah sedangkan di kawasan tersebut hanya mempunyai 14,000 rumah sahaja. Nilai janaan ini adalah lebih tinggi berbanding kapasiti solar negeri iaitu 117MW sahaja.

Tetapi, jika kita teliti betul-betul, Madison River Equity merupakan anak syarikat kepada FX Solutions yang turut menguruskan syarikat perlombongan kripto, Atlas Power. Atlas Power bercita-cita tinggi untuk meningkatkan lagi operasi perlombongan mata wang kripto mereka secara lebih agresif.

Buat masa ini, Atlas Power dikhabarkan akan turut membeli kepentingan dalam projek solar tersebut untuk operasi perlombongan kripto mereka yang dijangka akan menggunakan tenaga elektrik sebanyak 75MW. Sebelum ini Atlas terlibat dalam perlombongan bitcoin tetapi baru-baru ini sedang meneliti peluang untuk melombong Ethereum supaya mereka dapat menggunakan Unit Pemprosesan Grafik (GPU) berbanding ASIC.

group support minyak

ASIC lebih sesuai digunakan untuk perlombongan Bitcoin, Dash, Litecoin manakala GPU lebih sesuai untuk melombong Ethereum, Ravencoin, Monero dan lain-lain syiling berdasarkan algoritma yang sama.

Justeru, Atlas Power berharap agar pihak mereka dapat menjalankan operasi menggunakan sumber tenaga solar sebagai langkah penjimatan dan lebih efisiyen.

Tetapi, mampukah syarikat perlombongan kripto ini berlawan dengan masyarakat setempat tentang isu projek solar ini?

Sebelum ini, masyarakat setempat tidak berapa gemar dengan situasi perlombongan kripto kerana menghasilkan bunyi yang bising dan memerlukan keluasan tanah yang banyak. Iyalah, sudahlah masyarakat setempat tidak mendapat kelebihan penggunaan intensif tenaga solar dalam projek tersebut, malah terpaksa pula memberi ruang dan peluang kepada syarikat perlombongan kripto untuk menjana keuntungan peribadi masing-masing.

Meskipun tahu bakal berdepan dengan cabaran yang besar ini, namun Madison River Equity dikhabarkan akan tetap meneruskan permohonan permit khas untuk projek solar tersebut pada 17 Jun ini.

group signal

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *