TRADERTOWN.my

Yen Jepun picture
Gambar oleh Danita Delimont/Getty Images

Yen Jepun Cecah Paras Terendah Dalam Tempoh 24 Tahun!

Mata wang Yen Jepun menghampiri ke paras terendahnya sejak tahun 1998.

Antara punca kejatuhan mata wang Yen Jepun ialah perbezaan kadar faedah relatif antara Rizab Persekutuan A.S (Fed) dan Bank Jepun (BoJ).

Fed dijangka akan menaikkan kadar faedahnya dengan lebih agresif, manakala Bank Jepun setakat ini masih lagi bersikap pasif.

Minggu lalu, Bank Jepun dilaporkan telah menjalankan semakan tukaran asing yang mana melibatkan penyiasatan corak dalam pasaran tukaran asing. Ini merupakan salah satu langkah fizikal untuk melindungi mata wang Yen Jepun.

Namun begitu, para penganalisis berpendapat terdapat satu lagi cara yang dijangka akan digunakan oleh Bank Jepun untuk melindungi mata wang mereka iaitu Yield Curve Control Policy (YCC).

Polisi monetari ini diimplementasikan pada tahun 2016 yang melibatkan pembelian bon oleh Bank Jepun secara banyak dalam pasaran.

Tindakan ini bertujuan untuk mengawal inflasi Jepun kepada sasaran 2%. Sebelum ini, Jepun merekodkan inflasi asas naik 2.5%. Kenaikan ini merupakan yang terpantas dalam tempoh 8 tahun.

Bank Jepun dijangka akan memberikan keputusan polisi monetarinya pada hari Khamis, sehari selepas mesyuarat Fed yang dijangka akan meningkatkan kadar faedahnya kepada 75 mata asas.

 

Join channel rasmi Telegram TRADERTOWN https://t.me/tradertowndotmy

 

Kongsi Melalui: