TRADERTOWN.my

fed picture
Gambar oleh Nicolas Economou | Nurphoto | Getty Images

Fed Bakal Naikkan Kadar Faedah, USD Kekal Kukuh

Mata wang Dolar Amerika Syarikat menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 2 dekad berbanding mata wang lain. Antara penyumbang kepada peningkatan ini adalah jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedahnya.

Indeks dolar naik 0.4% kepada 110.06 berbanding enam mata wang yang lain. Sebelum ini, indeks dolar mencapai paras tertinggi 110.79 mata dalam tempoh 20 tahun pada 7 September lalu.

Sejak Indeks Harga Konsumer (CPI) Amerika Syarikat naik mendadak minggu lepas, pasaran perlu bersedia dengan kebarangkalian peningkatan 100 mata asas kadar faedah oleh Fed. Setakat ini, tingkah laku pasaran telah mengambil kira 75 mata asas dan 20% kemungkinan 100 mata asas.

Sementara itu, mata wang Euro didagangkan 0.25% lebih rendah kepada  $0.9993, sterling 0.4% lebih lemah pada  $0.9993, menghampiri ke paras terendah dalam tempoh 37 tahun. Mata wang Dolar New Zealand dan Australia masing-masing turun lebih 0.5%.

Mata wang Dolar Kanada pula jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua tahun pada 1.3324 berbanding Dolar Amerika Syarikat. Dolar Kanada juga 0.4% lebih kukuh berbanding mata wang Yen Jepun.

Join channel rasmi Telegram TRADERTOWN https://t.me/tradertowndotmy

Kongsi Melalui: