fbpx

TRADERTOWN.my

cad picture
Gambar oleh Paul Chiasson/Canadian Press

CAD Terjunam Dalam Tempoh 2 Tahun!

Mata wang Dolar Kanada (CAD) jatuh ke paras terendah dalam tempoh 2 tahun berbanding mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD).

Antara punca kepada kejatuhan ini adalah kebanyakkan pelabur cenderung memilih USD sebagai aset safe haven disebabkan oleh ketegangan antara Rusia dan Ukraine yang semakin memuncak.

CAD didagangkan 0.1% lebih rendah pada 1.3380 berbanding USD, selepas mencecah paras terendahnya 1.3393 yang kali terakhir direkodkan pada September 2020.

USD meneruskan kenaikkannya berbanding mata wang utama yang lain setelah Presiden Rusia, Vladimir Putin telah memberi petunjuk bahawa pihakya akan menggunakan tenaga nuklear untuk melindungi Rusia.

Namun begitu, penurunan CAD masih boleh dikawal kerana harga minyak akan naik disebabkan oleh peningkatan permintaan bekalan minyak untuk peperangan. Kanada merupakan antara pengeksport utama minyak dunia.

Sementara itu, minyak mentah Amerika Syarikat didagangkan 1.3% lebih tinggi pada harga $85.04 setong.

Pasaran juga semakin berdebar menantikan keputusan Rizab Persekutan (Fed) untuk menaikkan kadar faedahnya bagi menangani inflasi.

Kanada juga tidak terkecuali dalam melawan inflasi. Bank Kanada akan melakukan apa sahaja diperlukan untuk mengawal semula inflasi.

 

Join channel rasmi Telegram TRADERTOWN https://t.me/tradertowndotmy

 

 

Kongsi Melalui: