TRADERTOWN.my

kenderaan bahan bakar fosil picture
Gambar oleh iStock

Hapus kenderaan bahan api fosil: Industri minyak boleh bungkus?

Penghapusan kenderaan bahan api fosil: Agenda jahat Britain untuk kurangkan permintaan produk petroleum dunia?

Kilang projek Syncrude Canada Mildred Lake Oil Sands berhampiran Fort McMurray, Alberta, Kanada
Foto : Larry MacDougal/AP

Pembuat kenderaan utama di dunia menyatakan komitmen untuk menghentikan penghasilan kenderaan yang dikuasakan oleh bahan api fosil menjelang tahun 2040.

Ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat-syarikat gergasi tersebut dalam menyokong usaha global untuk menggurangkan pengeluaran karbon berbahaya kepada alam sekitar.

Antara syarikat pembuat kenderaan yang telah menyatakan komitmen tersebut ialah:

Foto : Vjeran Pavic/The Verge
  1. Toyota Motor Corp (NYSE:TM)
  2. Volkswagen AG (OTC:VWAGY)
  3. AB Volvo (STO: VOLVF)
  4. Ford Motor Co (NYSE:F)
  5. General Motors Co (NYSE:GM)
  6. Daimler AG (OTC:DDAIF)
  7. Tata Motors Ltd (NYSE:TTM)

Manakala Volvo pula sudah menyatakan komitmen untuk mengeluarkan kenderaan elektrik sahaja menjelang tahun 2030.

Komitmen penggunaan kenderaan mesra alam seperti kereta elektrik ini juga disokong oleh syarikat e-hailing seperti Uber Technologies (NYSE:UBER).

Kerajaan sembang kencang tapi sebenarnya masih belum bersedia?

Pengecasan EV terdapat dalam tiga tahap. Tahap 1 menggunakan kuasa 120 volt dan mengambil masa sepanjang hari untuk EV. Tahap 2 menggunakan 240 volt dan mengecas semula EV dalam beberapa jam. Tahap 3 (DC Fast Charging, Tesla Supercharging) mengambil masa masa kurang sejam di stesen pengecas awam. Foto : General Motors

Namun begitu, terdapat juga pembuat kenderaan terkemuka dunia seperti Honda Motor Co Ltd (NYSE:HMC), Nissan Motor Co Ltd (OTC:NSANY) Bayerische Motoren Werke AG (ETR:BMW) dan Hyundai Motor Co (OTC:HYMTF) yang masih ragu-ragu dengan keberkesanan pelaksanaan komitmen sifar karbon ini.

Hal ini kerana, peralihan teknologi daripada fosil kepada elektrik memakan kos yang tinggi.

Kerajaan juga masih lagi gagal untuk memastikan infrastruktur untuk kenderaan elektrik seperti grid dan pengecasan telah mencukupi seperti mana fasiliti stesen minyak.

Pengeluaran karbon global

Foto : theconversation.com

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IAE), kenderaan bahan bakar fosil seperti kereta, trak, kapal laut, bas dan kapal terbang menyumbang kira-kira suku daripada pengeluaran karbon global.

Sementara itu, dalam persidangan COP 26, negara pasaran kenderaan terbesar dunia seperti China dan Amerika Syarikat masih lagi belum menyatakan sebarang ikrar untuk menyokong usaha ke arah sifar kenderaan bahan bakar fosil.

Kereta elektrik hanyalah propaganda?

Adakah dunia benar-benar telah bersedia untuk menghapuskan sepenuhnya penggunaan bahan bakar fosil dan menggantikannya dengan sumber lebih mesra alam seperti elektrik?

Atau ikrar komitmen ini hanyaahl sekadar janji tinggal janji?

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *