TRADERTOWN.my

uber picture
Gambar oleh bloomberg.com

Kenapa Uber jual saham $1 bilion kepada Yandex?

Uber menjual pemilikan sahamnya dalam beberapa buah syarikat usaha sama kepada Yandex. Anggaran saham tersebut bernilai $1 bilion tunai.

 

Yandex NV (NASDAQ:YNDX) membeli saham Uber dalam Yandex.Eats, Yandex.Lavka dan Yandex.Delivery.

yandex.eats picture

Yandex.Eats ialah bisnes servis penghantaran makanan.

Yandex.Lavka dan Yandex.Delivery masing-masing ialah bisnes servis penghantaran barang runcit dan firma logisitik.

yandex.lavka picture

Uber Technologies Inc (NYSE:UBER) ialah syarikat teknologi Amerika Syarikat (A.S) yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan logistik.

Uber mempunyai 33.5% saham dalam ketiga-tiga buah syarikat usaha sama tersebut.

uber picture

Selain itu, Yandex juga membeli saham 18.2%  dan 4.5% saham syarikat A.S itu dalam Yandex Self-Driving Group dan 4.5% dalam MLU B.V Group.

MLU B.V Group ditubuhkan pada tahun 2018 hasil gabungan antara Yandex.Taxi dan Uber di Rusia, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Georgia dan Kazakhstan.

yandex.taxi picture

Pada tahun 2018, Yandex menjalankan pelabagai usaha sama dengan syarikat A.S itu untuk membangunkan beberapa buah bisnes dalam sektor e-dagang.

 

Siapa Yandex?

Yandex merupakan penyedia ejen carian seperti Google tetapi lebih terkenal di Rusia.

yandex picture

 

Belajar saham global? Join channel Telegram TRADERTOWN.

Kenapa Yandex beli saham?

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekuti Yandex, Tigran Khudaverdyan, pengambilalihan saham ini membolehkan penggabungan bisnes e-dagangnya untuk berkembang di bawah satu pengurusan yang lebih berpusat dan fleksibel.

Awal tahun ini, Yandex telah membeli Acropol Bank untuk meluaskan perkhidmatan kewangannya, selari dengan perkembangan bisnes e-dagangnya.

e-commerce pictureYandex berazam untuk menjadi antara super-app terkenal seperti kebanyakkan firma teknologi China. Super-app ialah aplikasi yang menyediakan pelbagai platform penjualan produk dan perkhidmatan atas talian.

 

Dapatkan harga promosi untuk kelas saham global. Tanya admin di sini.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *