China dan A.S tak setuju hapus penggunaan arang batu?

Indonesia dan Vietnam adalah antara 23 buah negara industri yang telah berikrar untuk menghentikan penggunaan dan pembinaan loji arang batu sebagai sumber jana kuasa mereka.
Ikrar ini dibuat semasa Persidangan Perubahan Iklim (COP26) di Glasgow baru-baru ini.
Persidangan tersebut dipengerusikan oleh Britain.
Matlamat COP26

Antara matlamat utama persidangan itu adalah untuk mendapatkan kerjasama negara anggota dalam menghapuskan penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga.
Hal ini kerana penggunaan sumber bahan bakar fosil itu mengeluarkan pengeluaran gas rumah hijau. Ini menjadikannya sebagai penyumbang terbesar kepada perubahan iklim global yang drastik.
Langkah ke arah penggunaan sifar arang batu akan dilakukan secara berperingkat.
Negara kaya akan menghapuskan sepenuhnya penggunaan bahan bakar itu menjelang tahun 2030 manakala negara miskin pada tahun 2024.
Insiatif COP26 dalam membantu negara anggota

Sidang kemuncak COP26 setakat ini telah menghasilkan perjanjian mengenai arang batu, penebangan hutan dan pengeluaran gas metana.
Setakat ini, COP26 telah memperuntukkan dana sekurang-kurangnya 20 bilion untuk membantu menyediakan negara anggota yang memerlukan bagi pembangunan fasiliti sumber tenaga boleh diperbaharui.
Ini adalah sebagai galakan memandangkan kebanyakkan negara industri masih lagi bergantung kepada pengeluaran arang batu sebagai sumber tenaga utama.
Tentangan negara industri utama?

Namun begitu, negara pengguna terbesar arang batu global seperti China (54.3%), India (11.6%) dan Amerika Syarikat (6.1%) masih lagi belum memberikan kata putus dan tidak menandatangani ikrar ke arah sifar arang batu.
Sebelum ini, terdapat penentangan terhadap cadangan penghapusan penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga terutamanya kepada negara yang bergantung kepada perlombongan arang batu. Contohnya seperti di Virginia Barat, Amerika Syarikat.
Arang batu sebagai sumber bahan bakar utama

Penggunaan arang batu menjadi sumber bahan bakar pilihan untuk negara perindustrian besar seperti China, Amerika Syarikat dan India kerana kos yang lebih murah dan mudah diperolehi.
Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN.