TRADERTOWN.my

inflasi picture
Gambar oleh ft.com

Kawal Inflasi: Penurunan Harga Minyak Adalah Jawapannya?

Harga Minyak

Harga minyak mengekalkan kenaikan pada hari Rabu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 13 sen (0.2%) kepada $82.44 setong.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat meningkat 20 sen (0.3%) kepada $78.70 setong.

Rizab Minyak

Kenaikan ini adalah kesan daripada keraguan pelabur terhadap keberkesanan kerjasama pengeluaran minyak daripada rizab strategik.

Pengeluaran minyak daripada rizab strategik diketuai oleh Amerika Syarikat dan diikuti oleh beberapa negara lain seperti China, India, Korea Selatan, Britain dan Jepun.

Jepun dijangka akan mengadakan lelongan 4.2 juta tong minyak mentah daripada rizab minyak negaranya pada hujung tahun ini.

Kawal Inflasi?

Sebelum ini, negara-negara tersebut mengeluarkan kenyataan untuk mengeluarkan berjuta-juta tong bekalan minyak daripada rizab strategik.

Tindakan ini adalah untuk meningkatkan bekalan di pasaran supaya harga petrol dapat diturunkan dan menghentikan kenaikan inflasi.

Namun begitu, kebanyakkan pelabur masih lagi skeptikal dengan keberkesanan pengeluaran minyak daripada rizab strategik.

Tindakan OPEC+

Ini ditambah pula dengan situasi negara OPEC+ yang tidak mengendahkan keperluan untuk meningkatkan pengeluaran supaya harga minyak dapat diturunkan.

Adakah matlamat A.S dan negara lain untuk mengawal inflasi dan harga gasolin akhirnya akan tercapai?

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *