TRADERTOWN.my

konflik picture
Gambar oleh Efrem Lukatsky/AP Photo

Konflik Rusia-Ukraine Kembali Memuncak Punca USD Naik?

Mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD) kembali naik semasa sesi pagi pasaran Asia setelah akhbar Rusia melaporkan konflik insiden kebakaran mortar di Timur Ukraine.

USD merupakan mata wang yang mempunyai rizab terbesar di dunia dan menjadi antara pilihan aset safe haven untuk pelabur semasa situasi ketidakstabilan geopolitik.

Indeks Dolar Amerika Syarikat naik 0.1% kepada 95.952.

Mata wang Euro (EUR) jatuh 0.4% manakala mata wang Dolar Australia (AUD) turun 0.6%.

Namun begitu, mata wang Yen Jepun (JPY) meningkat 0.2% kepada 115.24 sedolar.

Mata wang Rouble Rusia (RUB) pula jatuh 0.6%.

Puak pemberontak yang disokong oleh Rusia menuduh tentera Ukraine sengaja membedil wilayah mereka di Donbas. Tindakan tentera Ukraine ini melanggar perjanjian sebelum ini yang bertujuan untuk menamatkan konflik di wilayah pertikaian Donbas.

Insiden ini menimbulkan kebimbangan pelabur terhadap ketegangan konflik antara Rusia dan Ukraine yang semakin meruncing.

Sebelum ini, krisis antara Rusia dan Ukraine memburuk apabila Rusia meningkatkan jumlah tenteranya di sempadan Ukraine.

Dapatkan signal dan belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *