TRADERTOWN.my

Airbus A350 picture
Gambar oleh aircraft.airbus.com

Airbus Batalkan Perjanjian Dengan Qatar Airways Untuk A350 Ke-4

Airbus Eropah dilaporkan telah membatalkan kontrak untuk kapal terbang keempat dengan Qatar Airways, menurut tiga orang sumber yang mengetahui perkara itu.

Kedua-dua syarikat terbabit dalam pertikaian mengenai kesan parut pada permukaan pada pesawat A350 keluaran Airbus. Syarikat pengeluar kapal terbang terkemuka itubagaimanapun menegaskan bahawa pesawat itu selamat untuk digunakan.

Walaubagaimanapun, Qatar Airways mendakwa terdapat persoalan yang belum terjawab mengenai kelayakan udara dan enggan menerima pengahantaran.

Pada Mei lalu, seorang hakim Britain telah menolak bidaan dari Qatar Airways. Untuk memaksa Airbus berhenti daripada cuba menghantar lebih banyak A350 kepada mereka.

Keputusan prosedur itu bermakna Airbus bebas mencuba untuk mencetuskan klausa pembayaran apabila lebih banyak pesawat dibina. Mereka juga boleh cuba menjual A350 yang telah ditolak Qatar kepada syarikat penerbangan lain. Contohnya seperti Air India, yang boleh masuk sebagai pembeli menurut sumber industri.

Pesawat A350 yang keempat telah dibatalkan pada akhir Jun lalu. Dan ini dijangka akan dapat dilihat dalam data separuh tahun pertama Airbus yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat.

Pesawat kelima dijangka mencapai tahap yang sama dalam perancangan menjelang akhir Julai, diikuti oleh pesawat keenam akhir tahun ini.

Qatar Airways mendakwa Airbus secara salah cuba menawarkan jet baharu untuk penghantaran. Manakala Airbus mendakwa syarikat penerbangan itu telah melanggar kontraknya dengan enggan mengambil lebih banyak A350. Dan membatalkan tempahan untuk pesawat yang tidak dihantar satu demi satu, kerana ia dibina.

Kedua-dua syarikat dijangka akan bertemu di mahkamah London pada Khamis dalam siri perbicaraan prosedur terbaharu menjelang perbicaraan penuh yang dijadualkan pada Jun tahun depan.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *