TRADERTOWN.my

Sawit picture
Gambar oleh www.infosawit.com

Petani Kelapa Sawit Indonesia Lebih Suka Menjual Sawit Ke Malaysia

Sesetengah petani kelapa sawit di Indonesia dilaporkan lebih suka menjual buah tandan segar (BTS) mereka merentasi sempadan ke Malaysia.

Hal ini kerana mereka memperoleh tawaran yang lebih baik untuk komoditi itu.

Isu ini telah tular di media sosial baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Peladang Kelapa Sawit Indonesia (Apkasindo) Gulat Manurung turut mengesahkannya pada Isnin.

Gulag berkata, petani melakukan perkara ini memandangkan harta minyak sawit turun secara drastic kebelakangan ini.

Harga buah tandan segar masih berada di paras terendah, dan terus menyusut setiap hari. Hal ini menimbulkan kegusaran dan panik dalam kalangan petani kelapa sawit dari Aceh hingga Papua.

Kilang pemprosesan kelapa sawit di Indonesia membeli buah tandan sawit pada harga tidak melebihi 1,000 rupiah sekilogram.

Manakala di Malaysia para petani boleh menjual hasil mereka dengan harga yang jauh lebih tinggi. Iaitu di antara 3,500 rupiah hingga 4,500 rupiah sekilogram.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *