TRADERTOWN.my

Fed US picture
Gambar oleh en.wikipedia.org

Bank AS Boleh Bertahan Dalam Kemelesetan Yang Teruk – Fed

Bank-bank Amerika Syarikat (AS) boleh bertahan dalam kemelesetan ekonomi yang teruk, kata Rizab Tahunan AS (Fed). Ini adalah menurut ujian tekanan tahunan yang telah mereka jalankan .

Bank terus mempunyai tahap modal yang kukuh. Membolehkan mereka (bank) terus memberi pinjaman kepada isi rumah dan perniagaan semasa kemelesetan ekonomi yang teruk.

Ujian itu dijalankan dengan sejumlah 34 bank yang telah mengambil bahagian tahun ini.

Semua bank yang diuji kekal melebihi keperluan modal minimum mereka walaupun jumlah unjuran kerugian sebanyak AS$612 bilion (kira-kira RM2.7 trilion).

Nisbah modal ekuiti biasa agregat, yang menyediakan kusyen terhadap kerugian dalam kemelesetan diunjurkan menurun sebanyak 2.7 mata peratusan kepada minimum 9.7%.

Ini bagaimanapun masih lebih daripada dua kali ganda keperluan minimum.

Bank pusat itu berkata senario tahun ini dalam ujian tekanan adalah lebih sukar daripada yang berlaku pada 2021. Ini kerana reka bentuknya termasuk kemelesetan global yang teruk secara hipotesisnya. Yang akan memberi kesan terutamanya kepada pasaran hartanah komersial dan juga hutang korporat.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *