TRADERTOWN.my

Nike picture
Gambar oleh www.nike.com

Nike Keluar Dari Rusia

Nike, pengeluar pakaian dan kasut yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), telah memutuskan untuk keluar dari Rusia.

Seorang jurucakap mereka memberitahu Anadolu Agency (AA) bahawa Nike Inc. telah membuat keputusan untuk meninggalkan pasaran Rusia. Keutamaan mereka adalah untuk memastikan mereka menyokong pekerja-pekerja mereka sambil mengecilkan operasi mereka secara bertanggungjawab dalam beberapa bulan akan datang.

Syarikat itu di laman webnya juga berkata ia telah membuat keputusan untuk meninggalkan pasaran Rusia. Nike.com dan aplikasi mudah alih Nike juga tidak akan tersedia di rantau itu lagi. Kedai-kedai mereka buat masa ini ditutup dan tidak akan dibuka lagi.

Bulan lalu, Nike mengesahkan bahawa mereka tidak akan membuat perjanjian baharu atau memperbaharui perjanjian sedia ada dengan peruncit dari Rusia.

Jenama yang terkenal dengan slogan “Just do it” itu juga telah menghentikan operasi mereka di Rusia pada awal Mac lalu. Tidak lama selepas negara itu melakukan serangan ke atas Ukraine.

Beberapa syarikat dan jenama lain turut telah menggantung operasi mereka atau keluar daripada pasaran Rusia. Antaranya adalah McDonald’s, Starbucks, Apple, Zara, Coca-Cola, Shell, IKEA, Prada, Burberry, Uniqlo, Pizza Hut dan KFC.

Negara-negara barat juga telah mengenakan beberapa sekatan terhadap produk, syarikat dan juga individu-individu daripada Rusia terutamanya negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *