TRADERTOWN.my

emas turun picture
Gambar oleh Getty Images

Emas Rusia Kehilangan 4 Pasaran

Emas Rusia tidak dibenarkan untuk diimport di 4 negara iaitu United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun. Ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengetatkan sekatan yang dikenakan ke atas Rusia kerana pencerobohannya ke atas Ukraine. Hal Ini telah diumumkan oleh kerajaan Britain pada Ahad (26 Jun).

Larangan ini akan berkuat kuasa tidak lama lagi dan terpakai kepada emas daripada Rusia yang baru dilombong atau ditapis. Kata kenyataan kerajaan menjelang mesyuarat pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) di Jerman pada Ahad.

“Langkah-langkah yang telah kami umumkan hari ini akan secara langsung menyerang oligarki Rusia dan menyerang di tengah-tengah mesin perang Putin.” Kata Perdana Menteri UK, Boris Johnson dalam kenyataan itu.

Kita perlu mengurangkan pembiayaan rejim Putin. UK dan sekutunya akan melakukan perkara itu.

Inisiatif terbaharu itu berikutan penggantungan akreditasi oleh Persatuan Pasaran Bullion London pada Mac lalu untuk enam penapis logam berharga Rusia.

Pengharaman ini hanya dikenakan kepada import baharu daripada Rusia. Dan tidak akan menjejaskan emas daripada Rusia yang diimport sebelum ini.

Eksport emas Rusia bernilai £12.6 bilion (AS$15.45 bilion) tahun lepas. Dan rakyat Rusia yang kaya baru-baru ini telah membeli jongkong untuk mengurangkan kesan kewangan sekatan Barat.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *