TRADERTOWN.my

syarikat minyak dan gas terbesar dunia picture
Gambar oleh Getty Images

Big Oil: sang jerung di lautan, singa di daratan

Big oil atau dikenali sebagai supermajors merupakan satu terma yang digunapakai untuk menggambarkan 7 syarikat minyak dan gas terbesar di dunia.

Terma ini menggambarkan kuasa ekonomi dan pengaruh terhadap politik terutamanya di Amerika Syarikat (A.S). Big Oil juga seringkali dikaitkan dengan pengglobian bahan bakar fosil.

Dalam industri maritim, syarikat ini menentukan sebahagian besar perniagaan penyewaan kapal tangki minyak mentah.

Syarikat yang tersenarai sebagai supermajors ini adalah BP, Chevron, Eni, ExxonMobil, Royal Dutch, Shell, Total dan ConocoPhillips.

Terma Big Steel, yang dahulunya dikaitakan dengan pendominasian industri oleh beberapa syarikat besar sekitar lewat 1960-an, kini sering dikaitkan dengan 7 supermajors ini.

Namun, bagi penggamal media, terma ini tidak termasuk dengan penghasil minyak nasional dan syarikat Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang mempunyai peranan lebih besar dalam menentukan harga pasaran minyak mentah. Walau bagaimanapun, pada tahun 2018, kumpulan Sinopec, syarikat minyak milik China mempunyai pendapatan yang lebih tinggi berbanding mana-mana syarikat minyak dan gas terbesar dunia ini.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *