TRADERTOWN.my

Gambar oleh OPEC

Jom kenali siapa itu OPEC?

Seringkali mendengar terma OPEC tapi tidak tahu apa bendanya tu? Ini 5 perkara yang perlu anda tahu untuk mengenali OPEC.

  • OPEC merupakan Organisasi Negara Pengeskport Petroleum (OPEC) yang tetap, dibentuk pada Persidangan Baghdad pada 10-14 September 1960 oleh Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi dan Venezuela.

  • Semasa lima tahun awal penubuhannya, OPEC beribu pejabat di Switzerland, kemudiannya dipindahkan Vienna, Austria pada 1 September 1965.

  • Objektif OPEC adalah untuk menyelaraskan dan menyatukan dasar petroleum dalam kalangan negara anggota. Ini  bertujuan untuk menjamin harga yang adil dan stabil bagi pengeluar petroleum, pembekalan petroleum yang cekap, berekonomi dan berkala kepada negara-negara pengguna, serta pulangan modal yang setimpal kepada mereka yang melabur dalam industri ini.

  • Harga minyak stabil antara tahun 2011 dan pertengahan 2014, sebelum isu spekulasi dan terlebih bekalan menyebabkan kejatuhan harga pada tahun 2014.

  • Pada tahun 2016, sebanyak 10 buah negara tambahan menyertai OPEC, membentuk OPEC+. Malaysia salah satu daripadanya.
Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *