TRADERTOWN.my

Bill Gates picture
Gambar oleh Mike Cohen

Bill Gates kata sektor penerbangan akan bungkus?

Bill Gates, pengasas bersama Microsoft mengulas bahawa beliau menjangkakan kira-kira 50% daripada perniagaan penerbangan dan 30% pekerjaan yang bekerja dari pejabat akan hilang akibat daripada kesan pasca pandemik COVID-19.

Pandemik wabak COVID-19 ini akan memberi kesan terhadap mobiliti manusia seperti perjalanan perniagaan walaupun setelah pandemik ini berakhir.

Ketika ini, kebanyakkan syarikat akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan perjumpaan secara berdepan. Mereka cenderung untuk memilih bermesyuarat atau berbincang secara maya seperti menggunakan ZOOM Meeting, Google Meet dan sebagainya.

Menyedari kepentingan keperluan vaksin tanpa mengira sebarang latar belakang kaum dan sosioekonomi, Bill Gates telah mengadakan inisiatif kerjasama menerusi Yayasan Bill dan Melinda Gates dengan beberapa syarikat farmaseutikal untuk memastikan kapasiti penghasilan vaksin dapat ditingkatkan.

Hal ini kerana mereka ingin memastikan golongan kurang bernasib baik seperti negara miskin berpeluang mendapat akses kepada vaksin supaya pandemik ini dapat dihapuskan sepenuhnya.

Beliau memberi contoh situasi seperti negara yang maju dan tidak mempunyai isu besar dalam ekonomi seperti Australia dan New Zealand.

Walaupun negara tersebut dapat membebaskan diri mereka daripada pandemik, tetapi negara lain yang menjadi rakan dagangan mungkin masih lagi mengalami masalah untuk mendapatkan vaksin dengan pantas.

Jadi, kerjasama perdagangan masih lagi tidak dapat berjalan dengan lancar dan memperlahankan pemulihan ekonomi secara global.

Sebelum ini, Bill Gates muncul bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla ketika sidang telekonferens pada Selasa lalu. Bill Gates juga turut memberitahu bahawa beliau telah mengadakan lima persidangan meja bulat secara maya bersama-sama pegawai eksekutif syarikat farmaseutikal.

Kebiasaanya perjumpaan penting seperti ini diadakan secara berdepan di New York tetapi disebabkan oleh kebimbangan terhadap penularan jangkitan COVID-19, maka hanya diadakan secara maya.

Beliau tidak menafikan bahawa memang akan wujud keperluan untuk perjalanan perniagaan dan bekerja dari pejabat tetapi kadarnya dijangkakan akan berkurang dengan mendadak buat tempoh masa pemulihan ini.

Pandemik COVID-19 memberikan impak yang sangat besar kepada permintaan penerbangan udara dan perjalanan perniagaan. Sebelum ini, pelancong perniagaan menyumbang hampir separuh daripada pendapatan penerbangan Amerika Syarikat (A.S).

Kemerosotan penggunaan perkhidmatan penerbangan ini menunjukkan akan berlaku penurunan permintaan terhadap bahan bakar buat suatu jangka masa yang panjang.

Perkara ini sudah tentu sedikit sebanyak akan memberi impak kepada harga minyak mentah kerana kelebihan bekalan.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *