TRADERTOWN.my

Pfizer picture
Gambar oleh Reuters

Pfizer Inc: Daripada air gas kepada vaksin COVID-19

Kecoh sedunia kelmarin apabila dikhabarkan kita dah jumpa penawar COVID-19! Pfizer Inc merupakan syarikat pertama yang berjaya mencipta vaksin COVID-19 dengan 90% tahap keberkesanan. Ini serba sedikit perkara menarik yang boleh kita tahu untuk mengenali dengan lebih dekat tentang syarikat yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat (A.S) ini.

Berusia 23 tahun ketika mula-mula sampai di A.S daripada Jerman, Charles Pfizer mengasaskan sebuah syarikat diberi nama Pfizer Inc.  bersama sepupunya, Charles Erhart bermodalkan pinjaman $2,500 daripada ayah Pfizer. Pfizer bertanggungjawab sebagai ahli kimia dan Erhart sebagai seorang tukang gula.

Mereka bertapak di Brooklyn, New York dan berjaya melancarkan produk pertama mereka iaitu santonin, ubat anti-parasit yang mempunyai rasa yang enak. Pada era 1800-an itu, penyakit cacing usus merupakan perkara yang normal.

Syarikat itu mula stabil pada tahun 1860. Ia menyediakan ubat-ubatan yang penting kepada Kesatuan Tentera untuk melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan. Syarikat ini merupakan antara syarikat yang berani dalam mengaplikasikan teknologi baru dalam pengoperasian mereka. Ia merupakan antara syarikat terawal di Amerika menggunakan telefon ketika itu.

Hubungan syarikat itu dengan Eropah memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan awal kerana Pfizer dan Erhart banyak ke luar negara untuk mencari bahan bagi produk mereka. Pada tahun 1880, syarikat itu berkembang sebagai pemain kepada industri minuman ringan dengan menjadi pembekal asid sitrik.

Syarikat ini turut memainkan peranan penting dalam Perang Dunia ke-2 dengan menghasilkan antibiotik penisilin secara besar-besaran dan berkongsi kepakaran itu bersama syarikat pembuat ubat-ubatan A.S yang lain. Situasi ini menyelamatkan ribuan nyawa semasa dan selepas peperangan.

Bermula pada tahun 1950, Pfizer beralih daripada penghasilan produk kimia secara besar-besaran kepada pembangunan dan penemuan ubat-ubatan seperti Terramycin. Syarikat itu juga telah memperkenalkan ubat yang bernilai tinggi bagi rawatan penyakit kronik.

Pada tahun 2016, Pfizer Inc. dijangka bersatu dengan syarikat Allergan untuk menubuhkan Pfizer plc yang akan bertapak di Ireland dengan nilai US$160 bilion. Tetapi penggabungan itu dibatalkan pada bulan April 2016 sebab peraturan baru Jabatan Bendahari A.S yang menghalang penyongsangan cukai.

Syarikat gergasi farmaseutikal ini merupakan sebahagian daripada entiti Dow Jones Industrial Average  pada tahun 2004 sehingga 2020 sebelum tempatnya diambil alih oleh Amgen pada 31 Ogos 2020.

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *