TRADERTOWN.my

Moderna picture
Gambar oleh Alex Hogan

Moderna pula muncul mendahului persaingan vaksin COVID-19!

Perlumbaan untuk pencarian vaksin COVID-19 yang paling efektif semakin rancak. Sebuah lagi firma bioteknologi Amerika Syarikat (A.S), Moderna, Inc (NASDAQ:MRNA) menjadi antara syarikat pembuat vaksin yang menunjukkan keputusan memberansangkan semasa tempoh fasa ketiga percubaanya.

Data menunjukkan kadar efektif vaksin itu adalah 94.5% berdasarkan kepada ujian yang dilakukan kepada 95 orang pesakit positif COVID-19. Syarikat itu merancang untuk memohon kepada badan Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S (FDA) bagi kebenaran kecemasan untuk penggunaan vaksin itu dalam masa beberapa minggu akan datang.

Kejayaan syarikat Moderna ini memberikan harapan yang tinggi kepada masyarakat setelah vaksin Pfizer dan BioNTech.

Sebelum ini, vaksin keluaran Moderna diuji terhdapa 30,000 sukarelawan. Namun begitu, vaksin ini dijangka hanya akan berada di luar A.S hanya bermula tahun depan.

Syarikat itu menyatakan bahawa mereka memerlukan 20 juta dos untuk kegunaan A.S sebelum akhir tahun 2020 dan berharap agar dapat mengilangkan 500 juta sehingga 1 bilion dos tahun hadapan untuk kegunaan global.

Setakat ini, United Kingdom (UK) mungkin tidak akan mendapat layanan khas untuk penerimaan vaksin.

Moderna bersetuju untuk membekalkan kira-kira 100 juta dos kepada A.S dan memberi pilihan kepada negara itu jika ingin membeli 400 juta dos lagi.

Jepun, Kanada, Switzerland, Qatar dan Israel juga telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan bekalan vaksin.

Suruhanjaya Eropah turut mempunyai peluang untuk diutamakan pembelian bekalan sebanyak 80 juta sehingga 160 juta dos. Tetapi, UK enggan terlibat bersama dalam skim pembelian vaksin Kesatuan Eropah dan mendakwa bahawa UK boleh mendapatkan sendiri vaksin dengan pantas.

Buat masa ini, UK telah menempah 40 juta dos vaksin Pfizer tetapi tidak menempah langsung vaksin keluaran Moderna

Vaksin Moderna menggunakan teknologi mRNA sama seperti BioNTech.

Jika keputusan yang diperoleh konsisten dengan keputusan percubaan sebelum ini dan memberansangkan semasa proses penilaian oleh FDA yang akan dijalankan nanti, vaksin keluaran Moderna ini berpotensi tinggi untuk mengalahkan vaksin Pfizer.

Vaksin Moderna boleh disimpan dalam suhu standard 2 celcius hingga 8 celcius selama 30 hari.

Jika disimpan di bawah suhu -20 celcius, vaksin ini mampu disimpan selama 6 bulan.

Ini memberikannya kelebihan berbanding vaksin Pfizer yang memerlukan suhu -70 celcius sehingga -80 celcius.

Bernilai £38 sehingga £45 untuk 2 kali suntikan, vaksin Moderna boleh dikatakan antara vaksin termahal di kalangan vaksin COVID-19 yang lain.

Universiti Oxford dan AstraZeneca merancang untuk menjual vaksin mereka dengan nilai £3 untuk 1 dos, manakala Sanofi dan GSK pula dijangka mengenakan kos sebanyak £8 untuk 1 dos. Pfizer akan mengenakan kos £30 untuk 2 kali suntikan.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *