Boris Johnson pada Khamis lalu telah meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK). Hal ini dilihat akan menambah parah ekonomi negara itu. Negara itu sekarang ini di bawah tekanan dengan kadar inflasi yang menuju dua digit, risiko kemelesetan dan Brexit.
Perlumbaan untuk menggatikan Boris boleh mengambil masa beerapa minggu. Hal ini boleh menyebabkan ekonomi negara itu untuk terus hanyut.
Mata wang Sterling turut semakin menghampiri paras terendah berbanding dolar dalam masa dua tahun.
Bank of England (BoE) juga berada dalam dilemma tentang menaikkan kadar faedah tanpa merosakkan aktiviti ekonomi kelima terbesar dunia itu.
Tiada tempoh yang dapat dipastikan untuk menggantikan Boris kerana tempoh pertandingan kepimpinan Parti Konservatif berbeza-beza. Pada 2016, Theresa May memerlukan kurang daripada tiga minggu untuk menang.
Tetapi Boris mengambil masa dua bulan untuk menjadi pemimpin baharu selepas May mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan pada 2019.
Untuk kali ini sekurang-kurangnya enam calon dijangka akan bertanding.
Britain adalah antara negara yang lebih merasakan tekanan kadar inflasi pada masa ini pada kadar 9.1%. Kadar ini adalah paras tertinggi negara itu dalam 40 tahun. BoE turut berpendapat ia boleh dan akan mencecah 11% pada akhir tahun ini.
April lalu, International Monetary Fund (IMF) berkata bahawa Britain menghadapi inflasi yang lebih berterusan, serta pertumbuhan yang lebih perlahan. Berbanding ekonomi utama lain pada 2023.
Kejatuhan Sterling baru-baru ini telah menambah kepada tekanan inflasi sejak itu. Walaupun prospek peningkatan perbelanjaan awam atau pemotongan cukai untuk menambah kekayaan Parti Konservatif telah menaikkan sedikit pound pada hari Khamis.
Tetapi, hanya sekadar itu yang dilihat mampu dilakukan pengganti Boris untuk mengimbangi kesan lonjakan harga tenaga dan makanan global.