TRADERTOWN.my

Presiden Turkiye picture
Gambar oleh en.wikipedia.org

Turkiye Berbincang Dengan Rusia & Ukraine Mengenai Eksport Bijirin

Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turkiye berhasrat untuk meningkatkan rundingan bersama Rusia dan Ukraine.

Turkiye sedang bekerjasama dengan PBB, Ukraine dan Rusia dalam mencapai perjanjian mengenai rancangan PBB untuk mengeksport bijirin dari Ukraine.

Rancangan PBB itu akan membolehkan jutaan bijirin Ukraine yang berada dalam silo dihantar melalui koridor selamat di Laut Hitam.

Erdogan berkata pihaknya akan memperhebatkan perbincangan untuk mencapai keputusan dalam masa 7 atau 10 hari.

Pencerobohan Rusia dan sekatan Pelabuhan telah menghentikan sebahagian aliran eksport Ukraine. Hal ini membahayakan bekalan makanan ke banyak negara membangun terutamanya di Afrika.

Ukraine adalah salah satu pengeksport terbesar dunia bagi gandum, jagung dan minyak bunga matahari.

Presiden Itali, Mari Draghi berkata perjanjian itu sebagai sangat penting. Bukan sahaja untuk mendapatkan bekalan bijirin dan baja, tetapi ia adalah kali pertama Ukraine dan Rusia mencapai persetujuan selepas berperang.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *