TRADERTOWN.my

China picture
Gambar oleh Pool Photo

China tepuk tangan kalau Joe Biden jadi Presiden A.S?

China lebih cenderung untuk memilih Joe Biden sebagai Presiden A.S berbanding Donald Trump. Bekas Duta Amerika Syarikat (A.S) ke China, Max Baucus berkata bahawa China berkemungkinan besar akan mengalami konflik menjelang pilihan raya Presiden A.S November ini.

Tetapi walau apa sekalipun, China masih lagi menyukai Biden memegang tampuk pemerintahan jika dibandingkan dengan Trump. Menurut Baucus, walaupun semangat nasionalisma China meningkat, tetapi tiada apa yang dapat dibuat untuk menghentikan tindakan negara itu terhadap isu di Hong Kong dan Xinjiang.

China berkemungkinan akan lebih cenderung untuk memilih Joe Biden berbanding Donald Trump selepas 4 tahun berdepan dengan perangai Trump yang gemar menulis di laman sosial Twitter tentang apa sahaja yang terlintas di fikirannya sehingga menyebabkan ketidaktentuan pasaran.

Namun, sumber dan pakar memberitahu pendapat berbeza diterima dalam persepsi penilaian terhadap pilihan raya Amerika Syarikat (A.S).

Baucus berpendapat China mungkin merasakan Trump itu menyusahkan mereka tetapi dengan cara Trump mentadbir A.S, pastinya akan memberikan satu kelebihan buat negara pimpinan Xi Jinping. Hal ini kerana, negara itu berpendapat bahawa pimpinan Trump akan menjadikan A.S menuju kejatuhan.

Bekas duta itu turut menambah yang Presiden Xi Jinping pastinya inginkan kestabilan dan bukannya ketidaktentuan sehingga menggangu hubungan diplomatik dan ekonomiya secara global.

Namun begitu, Trump pernah berkata sebelum ini yang China memang akan cenderung untuk menyokong Biden sebagai Presiden A.S dan menegaskan sekiranya Biden menang, negara itu pastinya akan menguasai A.S.

Tetapi bekas Naib Presiden Kementerian Perdagangan Luar China, Long Yongtu berkata bahawa tiada masalah pun sekiranya Trump dipilih semula sebagai Presiden A.S. Mengulas kenyataan Baucus, beliau memetik sekiranya Biden dipilih menjadi Presiden A.S, pastinya Biden akan menganalisis semula polisi pentadbiran Trump seperti tarif, sekatan perdagangan dan pengawalan eksport. Tetapi, sokongan bipartisan akan menyebabkan polisi pentadbiran sedia ada ini akan terus kekal.

Long Yongtu sebelum ini pernah terlibat sebagai sebahagian orang penting semasa era 15 tahun rundingan China untuk menyertai Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) hampir 2 dekad lalu. Beliau turut menambah situasi sama masih lagi akan berlaku terutamanya kepada syarikat yang terikat dengan Tentera Pembebasan Rakyat, sekatan hak asasi manusia, dan isu status istimewa Hong Kong.

Kebanyakkan ini masih lagi akan terus bersambung sehinggalah A.S benar-benar yakin dan tahu apa sebenarnya yang diinginkan.

Dalam temubual bersama Reuters pada Rabu lalu, penasihat kepada Biden, Jeffrey Prescott dan Brian McKeon berpendapat antara halangan buat parti Demokratik adalah untuk berunding dengan sekutu utama A.S sebelum membuat keputusan berhubung tarif yang akan dikenakan oleh A.S kepada China.

Baucus sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Senator Parti Demokratik bagi Montana pada tahun 1978 sehingga 2014, berkata berkemungkinan sekatan keatas pegawai, entiti penyalahgunaan hak asasi manusia dan isu keselamatan nasional di Hong Kong masih lagi akan berpanjangan buat suatu jangka masa.

Inisiatif Beijing ‘Made in China 2025’ dan pengembangan wilayah Laut China Selatan memberi petunjuk negara itu sedang beralih kepada polisi domestik yang lebih insular dan polisi luar negara yang lebih agresif.

Sejak itu, hubungan diplomasi antara China sebagai ‘wolf warrior’ dan doktrin Trump sebagai ‘American First’ semakin meruncing.

Walaupun kedua-dua buah negara kuasa besar ini mementingkan semangat nasionalisma yang tinggi, namun kerjasama ekonomi yang baik sewarjarnya masih lagi perlu dititikberatkan demi kelangsungan kuasa masing-masing.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *