TRADERTOWN.my

Trump melawan Biden picture
Gambar oleh Getty Images

Biden melawan Trump, industri minyak kecut perut

Calon Parti Demokrat yang mewakili negeri bergantung kepada penggerudian minyak cepat-cepat mengelak daripada ditembual oleh media. Tindakan itu susulan kenyataan Presiden Parti Demokrat , Joe Biden memberi gambaran untuk menggurangkan kebergantungan Amerika Syarikat (A.S) dengan minyak mentah dalam perdebatan calon presiden A.S, Trump melawan Biden.

 

Dari Texas ke Montana, Demokrat terikat dalam persaingan kongres pilihanraya umum pada 3 November ini. Namun, terdapat wakil demokrat mengesahkan sokongan terhadap industri dan pekerja bahan bakar fosil di negeri mereka menerusi ciapan Twitter.

 

Terdahulu, Presiden Donald Trump menuduh pesaingnya, Joe Biden cuba untuk memusnahkan industri minyak.

 

Biden kemudiannya membalas yang beliau percaya bahawa suatu hari nanti A.S pasti akan diganti dengan tenaga solar, angin dan sebarang bentuk tenaga yang tidak mencemarkan alam.

 

Selepas debat itu, Biden memberi kenyataan kepada media bahawa sebenarnya beliau merujuk kepada pelan untuk menghentikan pemberian subsidi kepada industri bahan bakar fosil. Pekerja dalam industri tersebut tidak perlu gusar kerana lebih banyak pekerjaan akan dicipta menerusi industri alternatif ini.

 

Namun, terdapat beberapa ahli Demokrat tidak bersetuju dengan cadangan Biden.

 

Menerusi ciapan beliau di Twitter, wakil Demokrat, Xochitl Torres Small menegaskan bahawa tidak ada satu industri pun yang patut dirisikokan. Xochitl Torress Small merupakan wakil dari daerah yang sebahagian besarnya merupakan bahagian lembangan Permian, New Mexico A.S.

 

Wakil Demokrat, Liza Fletcher yang sedang bertanding bagi pilihanraya semula bagi Houstan membuat kenyataan bahawa Biden gagal untuk menyampaikan kerumitan dalam keperluan tenaga dan pelan masa depan A.S.

 

Biden dalam kenyataannya menjelaskan sebanyak $2 trilion akan diperuntukkan bagi pelan mendepani perubahan iklim melalui pelaburan dalam sumber tenaga yang bersih dan mesra alam. Peruntukan ini akan menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

 

Inisiatif ini berbeza dengan pentadbiran Trump sebelum ini yang lebih cenderung untuk menyokong pembangunan bahan bakar fosil dan mengabaikan ancaman perubahan iklim.

 

Buat masa ini, Biden dilihat sebagai calon pilihan. Namun, beliau masih lagi perlu berusaha keras untuk memancing undi rakyat di negeri-negeri yang bergantung kepada industri minyak.

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *