TRADERTOWN.my

crypto.com
Gambar oleh crypto.com

Crypto.com Mendapat Permit Token Di Singapura

Crypto.com akan mendapat persetujuan kawal selia daripada Monetary Authority of Singapore (MAS) untuk menyediakan perkhidmatan token pembayaran digital. MAS mempunyai rejim pelesenan yang ketat untuk mata wang kripto dan tiada cadangan untuk melonggarkannya buat masa ini.

Selain Crypto.com, terdapat dua firma lain yang dikatakan turut mendapat kelulusan yang sama. Mereka adalah Genesis dan Sparrow Tech mengikut sumber yang mengetahui perkara itu.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang kenyataan daripada kedua-dua firma tersebut mengenai perkara ini buat masa ini.

Tiga kelulusan baharu ini menjadikan bilangan firma kripto yang telah menerima persetujuan kawal selia kepada 14. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan firma yang memohon iaitu hamper 200 pemohon.

Singapura sangat berhati-hati terhadap mata wang mikro. Penggubal dasar berusaha untuk melindungi negara itu daripada penggubahan wang haram dan jenayah siber. Pelabur runcit juga diberi amaran berulang kali agar tidak meletakkan wang mereka di pasaran oleh pihak berkuasa.

MAS telah mengetatkan peraturan termasuk mengekang pemasaran kripto serta memerlukan penyedia aset maya dilesenkan di dalam negara. Walaupun mereka hanya menjalankan perniagaan di luar negara. Ini adalah untuk mengelakkan orang ramai kerugian daripada perdagangan mata wang kripto.

Peraturan itu telah menjadikannya lebih mencabar bagi firma-firma yang berharap untuk mengembangkan perniagaan mereka di negara Asia Tenggara. Di mana empat daripada 10 negara memiliki aset digital.

Beberapa firma turut telah berpindah ke hab kripto di Dubai yang sedang berkembang menjadi pangkalan serantau. Contohnya Bybit telah mengumumkan menukar ibu pejabat mereka dari Singapura ke Dubai. Crypto.com yang berpangkalan di Singapura pula telah menubuhkan pangkalan serantau di Dubai.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *