TRADERTOWN.my

emas picture
Gambar oleh unsplash.com

Russia Mungkin Dikenakan Sekatan Emas Oleh Kesatuan Eropah

Russia akan terus dikenakan tekanan yang tinggi daripada negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Ini apabila pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah mempertimbangkan akan mengenakan sekatan emas terhadap negara itu.

EU buat masa ini telah mengguna pakai enam pakej sekatan terhadap Russia dan Belarus sejak permulaan pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada Februari.

Tetapi terdapat beberapa sektor masih sebahagian besarnya tidak disentuh termasuk gas. Ini kerana kerajaan EU cuba berhati-hati mengelak langkah yang boleh merosakkan ekonomi mereka lebih daripada Russia.

Menurut versi terbaharu draf kesimpulan mereka bertarikh 20 Jun dan dilihat Reuters, pemimpin EU berkata kerja-kerja mengenai sekatan akan diteruskan. Ini termasuk kerja-kerja untuk mengukuhkan pelaksanaan dan mencegah pemintasan.

Teks itu adalah kompromi antara negara-negara Nordic dan Timur yang mendesak rujukan yang jelas kepada pakej ketujuh dalam kenyataan sidang kemuncak itu.

Negara-negara seperti Jerman dan Belanda sebaliknya memberi peringatan untuk menumpukan pada perlaksanaan langkah-langkah sedia ada dan bukannya menambahkan

lagi.

Pada mesyuarat tertutup utusan EU minggu lalu, Denmark mencadangkan sekatan seterusnya boleh melibatkan emas di kalangan sektor lain, menurut jurucakap duta Denmark ke EU.

Emas adalah aset penting bagi Bank Pusat Russia. Mereka telah menghadapi sekatan untuk mengakses beberapa aset yang dipegang di luar negara kerana sekatan Barat.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *