TRADERTOWN.my

Presiden Indonesia picture
Gambar oleh facebook.com

Presiden Indonesia Cuba Jadi Pendamai Hentikan Konflik Rusia-Ukraine

Presiden Indonesia, Joko Widodo akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine dan Presiden Rusia. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mencari penyelesaian terhadap perang di antara dua negara itu.

Perang Rusia-Ukraine masih berlanjutan hingga ke hari ini.

Menteri Luar Indonesia, Retno LP Marsudi mengumumkan mengenai perkara ini dalam sidang media secara dalam talian dengan wartawan tempatan.

Kunjungan Joko Widodo ke dua negara itu memperlihatkan keprihatinan beliau terhadap isu kemanusiaan. Serta percubaan untuk menuju jalan penyelesaian kepada krisis makanan yang tercetus akibat perang antara dua negara itu.

Kata Retno lagi, kesan perang Rusia-Ukraine ini turut dirasakan oleh semua negara. Terutamanya negara berkembang dan berpendapatan rendah. Sekali gus mendorong semangat perdamaian.

Presiden Indonesia itu akan menjadi pemimpin pertama dari negara Asia yang akan melawat Ukraine dan Rusia di tengah-tengah konflik ini.

Khabar angin mengenai pertemuan antara Jokowi dan Putin juga sudah mula kedengaran sejak kebelakangan ini.

Semenjak perang antara dua negara itu tercetus, Indonesia menjadi tumpuan. Hal ini kerana Indonesia kini menjadi tuan rumah bagi Persidangan Negara-Negara Kumpulan 20 (G20) yang turut dianggotai Rusia.

Sidang kemuncak G20 dijangka berlangsung pada hujung tahun ini di Bali, Indonesia.

Yang pasti, seluruh dunia berharap agar perang Rusia-Ukraine ini akan berakhir dengan segera.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *