TRADERTOWN.my

eropah picture
Gambar oleh Agencies

Data CPI US Pacak Punca Saham Eropah Junam?

Pasaran saham Eropah menurun 1% selepas data inflasi Amerika Syarikat yang tidak dijangka.

Saham runcit Eropah jatuh lebih 2.5% manakala kebanyakkan sektor utama lain juga turut merah!

Menurut Biro Statistik, Indeks harga konsumer (CPI) Amerika Syarikat naik 0.1% untuk bulan ini dan 8.3% secara tahunan untuk bulan Ogos. Ini adalah bertentangan dengan jangkaan awal penganalisis ekonomi bahawa inflasi utama akan jatuh 0.1% untuk bulan ke bulan.

CPI merupakan salah satu cara untuk mengukur inflasi.

CPI teras pula merekodkan kenaikan 0.6% untuk bulan Julai manakala 6.3% untuk Ogos 2021. Kos tenaga dan makanan yang tidak menentu tidak termasuk dalam CPI teras ini.

Kenaikan data CPI ini menunjukkan kemungkinan Rizab Persekutuan A.S (Fed) akan semakin mengganas dalam mengukuhkan polisi monetari. Fed dijangka akan menaikkan lagi kadar faedah untuk mengawal inflasi yang semakin tinggi.

 

Kongsi Melalui: