TRADERTOWN.my

dolar picture
Gambar oleh Shutterstock

Dolar kekal naik, berjayakah Rizab Persekutuan mengawal inflasi?

Mata wang dolar naik semasa sesi pagi pasaran Asia. Kenaikan ini menghampiri paras tertinggi lima tahun berbanding mata wang yen.

Indeks Dolar Amerika Syarikat meningkat 0.01% kepada 96.188.

Dolar berbanding yen tidak banyak perubahan secara ketara.

Berikut ialah ringkasan pergerakan pasangan mata wang utama setakat ini:

USD/JPY turun 0.20% kepada 115.87.

AUS/USD turun 0.45% kepada 0.7187.

NZD/USD turun 0.38% kepada 0.6766.

GBP/USD turun 0.14% kepada 1.3535.

USD/CNY naik 0.29 kepada 6.3738

Sementara itu, dalam minit terbaru mesyuarat Rizab Persekutuan A.S, pasaran buruh A.S yang ketat merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keperluan untuk kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi.

Kenaikan faedah yang tinggi bertujuan untuk mengawal inflasi.

Hasil Perbendaharaan A.S. lima tahun, yang sangat sensitif terhadap jangkaan kadar faedah, meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Laporan pekerjaan A.S, termasuk senarai gaji bukan ladang, akan dibuat pada hari Jumaat.

Menurut penganalisis, trend dan dinamik momentum setakat ini masih lagi menyebelahi dolar.

Namun begitu, harga masih lagi perlu melepasi paras high yang direkodkan pada suku keempat tahun 2021 untuk menjamin trend kenaikan.

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *