TRADERTOWN.my

data ekonomi picture
Gambar oleh kitco.com

Data ekonomi A.S dan China mendukacitakan: punca emas naik

Emas meneruskan kenaikan semasa sesi pagi pasaran Asia setelah data ekonomi China dan Amerika Syarikat (A.S) menunjukkan keputusan yang mengecewakan.

 

Niaga hadapan emas naik 0.75% kepada $1,851.95. Kenaikan ini adalah yang tertinggi yang dicatatkan sejak 10 Februari lalu dalam pasaran dagangan Asia.

 

Dolar Amerika Syarikat (USD) pula hanya mencatatkan kenaikan yang sedikit disumbang oleh kemerosotan data Hasil Perbendaharaan 10 Tahun Amerika Syarikat (10-Year U.S Treasury Yield) yang telah mencatatkan kenaikan tertinggi dalam tempoh sebulan minggu lalu.

 

group support minyak

 

Sementara itu, data ekonomi China pula menunjukkan pertumbuhan penghasilan industri yang perlahan, turun 9.8% tahun ke tahun pada bulan April.

 

Data ekonomi Amerika Syarikat (A.S) yang dikeluarkan pada Jumaat lalu pula untuk penjualan runcit tidak menunjukkan pertumbuhan bulan ke bulan pada April setelah kesan lonjakan pemberian pakej ransangan semakin hilang impaknya.

 

Namun begitu, penjualan runcit dijangka meningkat untuk beberapa bulan akan datang berikutan terdapat peningkatan dalam simpanan dan kebanyakkan sektor ekonomi sudah mula beroperasi seperti biasa.

 

Belajar analisis teknikal saham minyak global secara percuma. Klik sini.  

Menurut Presiden Rizab Persekutuan Dallas, Robert Kaplan berkata bahawa terdapat peningkatan yang agak membimbangkan untuk kenaikan inflasi disebabkan oleh ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan terhadap barangan dan tenaga buruh. Namun begitu, Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester memberi jaminan bahawa polisi Fed berada dalam keadaan yang bagus ketika ini.

 

Ketika ini, kebanyakkan pelabur sedang menanti dengan penuh debaran keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (A.S) dan Bank Rizab Australia.

 

Sementara itu, logam berharga lain seperti palladium naik kepada $2,898.24 (0.2%) manakala perak dan platinum masing-masing turun 0.1% dan 0.2%.

 

group signal picture

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *