Pelabur emas tersenyum lebar setelah emas kekal kukuh selepas dua hari berturut-turut mencatatkan kenaikan yang tinggi dalam masa sebulan. Kenaikan ini didorong oleh isu pemberian lebih banyak pakej ransangan Amerika Syarikat (A.S) dan kemungkinan besar kenaikan harga pengguna untuk berhadapan dengan Bitcoin dan pasaran stok.
Emas bullion naik pada hari Isnin setelah Parti Demokratik mengeluarkan draf pertama rang undang-undang yang merangkumi usul pakej ransangan daripada Presiden A.S, Joe Biden.
Emas kembali naik berbanding minggu lepas sejak awal bulan Disember. Kejatuhan ketika itu didorong oleh peningkatan Dolar A.S dan peningkatan hasil perbendaharaan A.S. Ini menjadikan aset safe haven seperti emas kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelabur. Laporan pada hari Rabu lalu pula menunjukkan harga konsumer A.S meningkat dengan kadar yang cepat.
Menurut Edward Moya, seorang penganalisis pasaran berpendapat bahawa pemulihan ekonomi ketika ini agak perlahan dan perdagangan reflasi dijangkakan akan berlaku dengan lebih cepat berbanding yang dijangka. Kenaikan emas ini juga didorong oleh plan pakej ransangan Joe Biden yang bernilai $1.9 trilion.
Emas spot masih lagi kekal pada harga $1,832.68 seauns selepas kenaikan 2.1%.
Sementara itu, pelabur juga sedang memerhatikan kenaikan Bitcoin yang merekodkan kenaikan tertinggi pada hari Isnin lalu. Kenaikan tertinggi ini adalah setelah syarikat gergasi, Tesla (NASDAQ:TSLA) Inc telah membeli $1.5 billion matawang kripto itu. Syarikat itu juga turut bercadang untuk menilai semula polisinya bagi memudahkannya untuk melabur dalam emas pula.
Jom belajar pelaburan saham global. Klik di sini.