TRADERTOWN.my

import minyak mentah picture
Gambar oleh Nikkei Asian Review

China tingkat import minyak mentah, petanda Iran bebas dari A.S?

Nampaknya Iran bakal menjadi sasaran utama China untuk dijadikan sebagai sumber import minyak mentah. Situasi ini didorong oleh penghasilan minyak mentah Iran yang bertambah pulih disebabkan oleh hubungan diplomatik dengan kepimpinan Joe Biden, Amerika Syarikat (A.S) yang lebih baik.

Sejak tahun lalu, China telah mengimport purata 306,000 tong minyak mentah sehari daripada Iran. 75% daripada bahan import ini datang secara terus melalui Malaysia, Oman dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

Hasil import minyak Iran dijangka akan mencecah 856,000 tong sehari dan peningkatan ini sebanyak 129% berbanding bulan Februari sehinggakan kenaikan mendadak import minyak mentah Iran ini telah mengakibatkan kesesakan di pelabuhan.

 

group signal

 

China tertarik dengan minyak mentah dari Iran kerana kos yang lebih rendah iaitu $3 sehingga $5 lebih murah daripada paras kayu ukur minyak mentah Brent.

Sebelum ini, sejak 2018, bahan import daripada Iran telah berkurang terutamanya kepada China, India, Jepun dan Korea Selatan disebabkan oleh perintah sekatan yang dikenakan semasa pemerintahan Trump.

Namun begitu, sejak penghujung suku tahun 2020, import minyak mentah Iran ke China mula bertambah terutamya ke bahagian wilayah Shandong, China. Selain itu, China dan Iran juga telah menguatkan hubungan strategik antara kedua-dua buah negara dan inisiatif ini dijangka akan mencapai nilai $600 bilion untuk dekad akan datang.

Semasa perjanjian tenaga dengan China, Iran dibenarkan untuk melengkapkan transaksi kewangan dalam matawang asing seperti Euro untuk mengelakkan negara itu daripada terikat dengan matawang AS Dolar dan sekatan AS. Buat masa ini, minyak Iran hanyalah menyumbang kira-kira 3% daripada jumlah minyak mentah keseluruhan China.

 

Nak belajar teknikal analisis untuk buat keuntungan dalam pelaburan saham global? Klik sini.

 

China masih lagi kekal sebagai antara negara pengimport minyak mentah terbesar dunia, dengan permintaan 12 juta tong sehari. Meskipun badai COVID-19 melanda dunia, China masih lagi meningkatkan bekalan eksport minyak mentahnya dari negara lain sebanyak 32% pada bulan Januari.

Selain China, India juga telah mula mengimport semula minyak mentah dari Iran. Perkara ini juga didorong oleh tindakan Syarikat Minyak Nasional Iran (NIOC) yang cuba untuk memperkukuhkan hubungan perdagangan dengan negara Asia supaya dapat meningkatkan potensi eksport minyak mentahnya.

Walaupun banyak kontroversi dan spekulasi melanda Iran, Iran masih lagi diperlukan dalam melancarkan bekalan minyak mentah China dan negara Asia yang lain.

 

group support minyak

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *