TRADERTOWN.my

Elliott picture
Gambar oleh energypeople.com

Elliott, syarikat pengurus aset terbesar tengah intai peluang minyak ke tu?

Syarikat pengurusan aset perlindungan antara yang tertua di dunia, Elliott Management Corp dilaporkan telah melabur sekurang-kurangnya 30 juta dalam Cataleya Energy.

Cataleya Energy merupakan sebuah firma kecil yang terlibat dengan eksplorasi minyak mentah di Guyana. Guyana merupakan sebuah negara yang terletak di Selatan Amerika dan terkenal sebagai pusat minyak dan gas yang baharu.

Pelaburan oleh syarikat Elliot Management Corp ini dilihat memberi peluang yang cerah kepada Guyana untuk beralih fokus ekonomi daripada perlombongan dan pertanian kepada industri minyak.

5 tahun lalu, sebuah konsortium yang diketuai oleh Exxon Mobil Corp (NYSE:XOM) telah menjumpai minyak di blok Stabroek di pesisir pantai Guyana. Kawasan ini dijangkakan mampu menampung penghasilan lebih daripada 8 bilion tong minyak dan gas.

Cataleya diasaskan oleh ahli perniagaan Kanada dan Guyana yang mempunyai latar belakang perlombongan emas dan mempunyai kira-kira 25% pegangan dalam blok Kaieteur.

Kaeuteur berkeluasan 3.3 juta ekar dan terletak berdekatan dengan Stabroek. Exxon mempunyai pegangan 35% dalam Kaieteur dan merupakan operator bagi blok tersebut.

Walau bagaimanapun, Elliott tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu ini.

Ketua eksekutif dan pengasas bersama Cataleya enggan mengulas tentang pelaburan tersebut tetapi ada menyatakan bahawa pemegang saham syarikat itu terdiri daripada pelbagai latar belakang yang luas iaitu daripada Guyana, Caribbean, Amerika Syarikat (A.S), Kanada dan Israel.

Namun, syarikat itu akan memberitahu secara terperinci mengenai butiran lengkap pada tahun ini bagi laporan kepada Inisiatif Transparansi Industri Ekstraktif (EITI). EITI merupakan badan penyelia standard antarabangsa.

Kerajaan Guyana belum mengadakan pusingan perlesenan untuk kawasan baru setakat ini. Kerjasama daripada Elliott ini menunjukkan bagaimana pemilik saham dalam blok sedia dapat membantu memberi pendedahan kepada pelabur lain untuk melabur bagi pembangunan akan datang.

Elliott dikenali di Amerika Latin kerana penggunaan litigasi untuk menguatkuasakan tuntutan terhadap bon Peru dan Argentina.

Ingin belajar secara dekat tentang ilmu pelaburan saham minyak mentah? Klik di sini.

Elliott juga telah mengambil alih sebahagian kepentingan dalam syarikat tenaga seperti QEP Resources Inc (NYSE:QEP), Marathon Petroleum Corp (NYSE:MPC), dan Noble Energy (NASDAQ:NBL). Strategi pelaburan syarikat ini turut melibatkan ekuiti persendirian.

Penasihat Cataleya dalam kerjasama dengan Elliott ini melibatkan Hannam & Partners.

Pelaburan Exxon sebelum ini terhenti seketika setelah syarikat itu melaporkan eksplorasi minyak mentah dan gas di Kaieteur tidak begitu berjaya dan berdepan dengan masalah kewangan.

Namun begitu, Exxon masih lagi sedang mengintai peluang untuk menilai potensi eksplorasi minyak mentah di blok tersebut.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *