TRADERTOWN.my

Rich results on Google's SERP when searching for 'tekanan pengeluar minyak''
Gambar oleh Reuters

Cara syarikat minyak gergasi jaga periuk nasi sendiri!

Mendepani kelembapan ekonomi ini, syarikat minyak tidak terkecuali dalam menjaga periuk nasi masing-masing. Perkara ini dilihat menerusi gabungan dalam industri minyak serpih atau dikenali sebagai minyak syal semakin meningkat. Ini menambahkan lagi tekanan kepada pengeluar minyak dan gas untuk menyaingi pesaing yang lebih kecil menurut penganalisis.

 

Pioneer Natural Resources (NYSE:PXD) Co, salah satu operator syarikat minyak syal bergabung dengan barisan pembuat rundingan dalam pembelian Parsley Energy (NYSE:PE) sebanyak $4.5 bilion seperti yang diumumkan pada Selasa lalu.

 

Pandemik COVID-19 telah menggugat permintaan minyak dan memaksa penghasil minyak syal untuk memotong kos. Harga minyak mentah jatuh buat kali ketiga tahun ini tetapi pengeluar masih perlu melabur dalam memastikan kadar penghasilan minyak syal adalah sama memandangkan telaga minyak syal sedia ada semakin kurang produktif.

 

Menurut Matthew Portillo, Pengarah Urusan di Bank Pelaburan Tudor, Pickering, Holt&Co, potensi syarikat yang boleh digabungkan semakin mengecil.

 

Pada hari Isnin, Concho Resources (NYSE:CXO) Inc bersetuju untuk menjual kepada ConocoPhillips (NYSE:COP) dengan harga $9.7 bilion. Ini diikuti oleh pembelian sebanyak $4.2 bilion Noble Energy (NASDAQ:NBL) oleh Chevron Corp (NYSE:CVX) bulan ini. Syarikat utama Eropah pula mengelak daripada pembelian minyak dan gas baru sementara Exxon Mobil Corp (NYSE:XOM) memotong kos. Ini menjadikan syarikat Eropah ini bukan calon utama untuk diadakan kerjasama.

 

Menurut Tim Leach, Ketua Pegawai Eksekutif Sumber Concho, syarikat yang tiada akaun yang kukuh pasti akan mengalami kesukaran untuk kekal dalam industri. Syarikat yang kuat akan membeli firma yang lemah.

 

Pelabur akan mencari syarikat yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi sekurang-kurangnya $5 biliion dan ada pembayaran dividen. Walaupun kebanyakkan firma minyak syal membayar dividen, tetapi indeks penghasil minyak dan gas Amerika Syarikat (A.S) rugi 55% tahun ini, berbanding S&P 500 yang naik 7.4%.

 

Antara syarikat yang menjadi pilihan dalam penggabungan ialah Marathon Oil Corp (NYSE:MRO), Apache Corp (NASDAQ:APA) dan EOG Resources Inc (NYSE:EOG), Cimarex Energy Co (NYSE:XEC) dan PDC Energy (NASDAQ:PDCE) Inc.

 

Firma kewangan berkemungkinan besar akan menjadi pembeli, disebabkan kebanyakkan syarikat sekarang ini menanggung beban hutang yang berat.  Pengeluar di Amerika Utara mempunyai kadar hutang $86 bilion sehingga matang pada tahun 2024.

 

Bank akan mengambil alih syarikat ini dan menggabungkan mereka menjadi syarikat yang lebih besar.

 

Kebankrupan menaik sebanyak 21% tahun ini dalam kalangan syarikat penghasil tenaga, menambahkan lagi tekanan kepada syarikat pengeluar minyak dan gas.

 

Malah syarikat yang digabung juga berkemungkinan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan pulangan modal untuk pemegang saham dan memastikan perbelanjaan untuk aktiviti di medan minyak syal tidak terganggu.

 

Pengeluaran minyak syal pulih semasa musim panas setelah tamat perintah berkurung bagi mengekang wabak COVID-19, tetapi kebanyakkan syarikat melabur lebih berhati-hati dalam melabur sekarang.

 

Menurut Jabatan Tenaga A.S, penghasilan syal dijangkakan turun sebanyak 123,000 tong sehari pada November, kejatuhan yang paling banyak sejak Mei lalu.

 

Sebarang tawaran yang menarik mestilah menyumbang kepada peningkatan aliran tunai,tidak menambah hutang dengan banyak dan pengeluaran simpanan yang tinggi.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *