TRADERTOWN.my

PayPal picture
Gambar oleh PAYPAL

PayPal lancar perkhidmatan mata wang kripto di UK

Syarikat pembayaran atas talian terkemuka Amerika Syarikat (AS), PayPal Holdings Inc (NASDAQ:PYPL) akan membenarkan pelanggan dari United Kingdom (UK) untuk jual, beli dan simpan mata wang digital menggunakan platformnya.

 

United Kingdom merupakan negara pertama yang menjadi sasaran PayPal untuk kembangkan produk kripto mereka. Sebelum ini, PayPal telah pun melancarkan penggunaan mata wang digital di AS pada Oktober lalu dan mendapat sambutan yang memberansangkan daripada pengguna.

Menurut Jose Fernandez de Ponte, Pengurus Blockchain, Kripto dan Mata Wang Digital PayPal, instrument terlibat ialah Ethereum, Litecoin, Bitcoin dan Bitcoin Cash. Pengguna juga boleh menjejak harga pada waktu sebenar dan memperolehi ilmu pendidikan pasaran menggunakan platform tersebut.

1,545 Peer To Peer Illustrations & Clip Art - iStock

PayPal bergantung kepada Paxos untuk membolehkan penjualan dan pembelian kripto di UK dan AS. Paxos merupakan syarikat mata wang digital yang diregulasi di New York.

Kebanyakkan negara masih lagi belum ‘menghalalkan’ penggunaan mata wang kripto. Badan berautoriti melihat mata wang kripto berpotensi untuk disalahguna dalam isu pengubahan wang haram, permainan spekulasi harga dan perlindungan data pengguna.

ICE Boston seizes nearly $20 million, arrests Brazilian national in money laundering scheme linked to TelexFree | ICE

Namun begitu, beberapa syarikat teknologi gergasi dilihat mengambil peluang untuk menyediakan perkhidmatan mata wang kripto kerana mendapat permintaan pengguna yang tinggi. Antaranya termasuklah Facebook, Inc (NASDAQ: FB), Tesla Inc (NASDAQ:TSLA) dan Mastercard Inc (NYSE:MA).

Penggunaan mata wang kripto sememangnya memudahkan pengguna terutamanya dalam sektor e-dagang. Justeru, lebih ramai pengguna akan tertarik untuk menggunakan platform pembayaran yang menyediakan kemudahan transaksi mata wang kripto.

Do you know what was the first online transaction? | Orienteed

Belajar trading global secara percuma. Join channel Telegram TRADERTOWN sekarang.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *