TRADERTOWN.my

S&P 500 picture
Gambar oleh Matteo Colombo

S&P 500 Naik Meskipun Laporan Kewangan Big Tech Mengecewakan?

Niaga hadapan S&P 500 naik sedikit semasa sesi pembukaan pasaran Amerika Syarikat tatkala pelabur memujuk diri dengan keputusan pendapatan daripada Meta Platform Inc (NASDAQ:META).

Selain S&P 500, niaga hadapan Dow Jones Industrial Average (DJIA) pula didagangkan 0.7% lebih tinggi berbanding niaga hadapan Nasdaq 100 yang turun 0.5%.

Sebelum ini, saham Meta jatuh 20% dalam dagangan pra-pasaran. Kejatuhan ini disumbang oleh keputusan pendapatan suku ketiga yang mendukacitakan. Menurut syarikat teknologi gergasi itu, mereka berkemungkinan besar akan kerugian lebih banyak wang pada tahun hadapan kerana sebahagian besarnya akan diperuntukkan bagi tujuan pembangunan metaverse. Laporan ini juga menyebabkan beberapa penganalisis pasaran menurunkan taraf saham syarikat tersebut.

Pelabur juga sedang meneliti laporan pendapatan daripada beberapa syarikat gergasi. Contohnya seperti ServiceNow Inc (NYSE:NOW) yang dilaporkan menaik 12% manakala Ford Motor Company (NYSE:F) pula turun 2% selepas keputusan dikeluarkan.

Saham McDonald’s Corporation (NYSE:MCD) dan Comcast Corporation (NASDAQ:CMCSA) pula masing-masing didagangkan 2.9% dan 8%.

Altria Group Inc (NYSE:MO) pula turun 2.4% selepas tidak menepati jangkaan hasil dan pendapatan sesaham.

Selain daripada laporan pendapatan, pelabur turut fokus kepada laporan hasil domestik kasar untuk suku ketiga bagi mendapatkan gambaran lebih jelas terhadap keadaan ekonomi Amerika Syarikat.

Meskipun begitu, pelabur masih lagi berdepan dengan pelbagai ketidaktentuan terhadap hala tuju pasaran memandangkan laporan pendapatan hanya memberikan keputusan masa lalu syarikat berbanding pasaran yang merupakan mekanisma pandangan masa hadapan.

 

 

Kongsi Melalui: