TRADERTOWN.my

Foxconn
Gambar oleh facebook.com

Foxconn Mungkin Melabur Dalam Projek Untuk Ibu Negara Baru Indonesia

Foxconn Technology Group sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam projek pembinaan bernilai AS$34 bilion di ibu negara baru Indonesia.

Syarikat Taiwan itu sedang mengkaji untuk menubuhkan sistem bas elektrik dan rangkaian internet kebendaan di ibu negara baru Indonesia, Nusantara.

Hal ini diumumkan oleh Menteri Pelaburan Indonesia, Bahlil Lahadalia dalam satu kenyataan pada Ahad (26 Jun).

Pengerusi Hon Hai Precision Industry Co, unit utama Foxconn, Young Liu telah bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Sabtu. Antara perkara dibincangkan adalah pelaburan AS$8 bilion untuk membina kilang pembuatan dengan syarikat permulaan skuter elektrik Gogoro Inc.

Kilang itu, yang akan dibina di wilayah Jawa Tengah, akan mengeluarkan bateri dan produk berkaitan kenderaan elektrik (EV) yang lain.

Liu memberitahu, Hon Hai gembira dapat membantu Indoesia menubuhkan institusi latihan bakat baru. Dan akan menyediakan teknologi dan produk EV kepada rakan kongsi tempatan dan bekerjasama dengan mereka untuk membina ekosistem EV.

Indonesia pada masa ini sedang berusaha untuk memanfaatkan rizab nikel mereka yang banyak. Nikel merupakan komponen utama dalam bateri untuk membangunkan industri EV.

Indonesia juga merancang untuk memindahkan ibu kota mereka dari Jakarta di pulau Jawa ke pulau Borneo. Di mana mereka merancang untuk membina sebuah bandar ‘hijau’. Yang banyak bergantung kepada pengangkutan awam dan menggunakan tenaga boleh diperbaharui sepenuhnya.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *