TRADERTOWN.my

emas turun picture
Gambar oleh Andreas Gebert/Bloomberg

Emas turun, pelabur bimbang dengan keputusan Rizab Persekutuan A.S?

Emas turun semasa sesi pagi pasaran Asia.

Antara punca penurunan ini adalah pelabur menunggu keputusan mengenai pengurangan aset dan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (A.S) dalam keputusan dasar terbarunya.

Niaga hadapan emas jatuh kepada $1,770.15 (0.12%).

Mata wang dolar A.S yang kebiasaannya bergerak bertentangan dengan emas juga turun 0.03%.

Namun penurunan mata wang ini masih lagi pada tahap terkawal.

Kebanyakkan pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan A.S bakal menggurangkan asetnya antara $25 bilion-$30 bilion setiap bulan sehingga Mac 2022. Setakat ini, penggurangan aset adalah sebanyak $15 bilion.

Pelabur juga menjangkakan akan berlaku satu atau dua kenaikan kadar faedah.

Sementara itu, logam berharga lain seperti perak naik 0.1%, paladium naik 0.6%, manakala platinum turun 0.1%.

 

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *