TRADERTOWN.my

bank pusat picture
Gambar oleh thebalance.com

Bank Pusat Ketatkan Polisi Kewangan: Punca Harga Emas Naik?

Harga emas naik semasa sesi pagi pasaran Asia.

Kenaikan ini disebabkan oleh kebanyakkan Bank Pusat utama mengambil keputusan untuk mengetatkan polisi monetari mereka semasa mesyuarat masing-masing pada minggu ini.

Niaga hadapan emas naik kepada $1,803.95 (0.32%).

Mata wang dolar pula menurun sedikit setelah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (A.S) menarik semula ransangan ekonomi COVID-19.

Mereka mengetatkan polisi monetari untuk mengawal kadar inflasi yang tinggi di samping berhati-hati dalam mengenal pasti impak varian COVID-19 terbaru, Omicron.

Di Asia Pasifik, Bank Jepun mengekalkan kadar faedah nya -0.10%.

Bank England (BOE) pula menaikkan kadar faedahnya kepada 0.25%. BOE merupakan bank pusat pertama dalam negara anggota Group of 7 (G7) yang meningkatkan kadar faedahnya.

Bank Pusat Eropah pula meningkatkan program pembelian bon bulanan tetap selama setengah tahun.

Rizab Persekutuan A.S akan mempercepatkan program pengurangan asetnya kepada $30 bilion setiap bulan.

Logam bernilai lain seperti perak menurun 0.1% manakala paladium meningkat 1.1%.

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *