TRADERTOWN.my

gabung syarikat minyak picture
Gambar oleh Tamir Kalifa/The New York Times

EnCap Investment gabung syarikat minyak Permian bernilai $4 bilion

Encap Investments L.P telah menggabungkan dua buah syarikat minyak dalam portfolionya di Lembangan Permian dengan nilai $4 bilion.

 

Firma ekuiti swasta dari Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1988 itu berpangkalan di Houston, Texas. Firma tersebut memfokuskan kepada industri tenaga khususnya minyak dan gas.

 

Syarikat yang terlibat dalam penggabungan tersebut ialah Advance Energy Partners dan Ameredev II LLC. Kedua-dua syarikat ini beroperasi di bahagian Delaware di Permian.

 

Menurut penganalisis, penggabungan syarikat ini merupakan antara yang terbesar di Lembangan Delaware. Setakat ini, syarikat gabungan itu bertanggungjawab dalam pengoperasian 8 buah pelantar minyak di kawasan tersebut.

 

Industri minyak dan gas kembali bangkit setelah dunia semakin pulih akibat dilanda COVID-19. Namun begitu, industri ini masih lagi berdepan cabaran yang tinggi untuk kekal relevan.

 

Oleh itu, kebanyakkan syarikat minyak memilih untuk bergabung bagi menggurangkan kos operasi dalam memenuhi permintaan bekalan. 

 

Syarikat yang terlibat dalam pengoperasian minyak di Lembangan Permian tidak terkecuali daripada menjadi sasaran gabungan.

 

Permian merupakan wilayah yang terletak antara Texas dan New Mexico. Wilayah ini dianggap sebagai pusat utama industri minyak syal Amerika Syarikat kerana mampu menghasilkan lebih 5 juta tong minyak sehari.

 

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *