fbpx

TRADERTOWN.my

euro picture
Gambar oleh KRISZTIAN BOCSI/BLOOMBERG NEWS

Euro Kekal Stabil, Pelabur Masih Menanti Keputusan Bank Pusat

Mata wang Euro kekal berada pada paras stabil meskipun kebanyakkan pelabur menjangkakan ianya sukar untuk naik selagi krisis Rusia dan Ukraine berterusan.

Namun begitu, pelabur masih menantikan keputusan polisi terkini oleh Bank Pusat Eropah yang akan dikeluarkan pada hari Khamis ini.

Sementara itu, mata wang Dolar Amerika Syarikat turun semasa sesi pagi pasaran Asia. Indeks Dolar Amerika Syarikat mencatatkan penurunan 0.05% kepada 99.035.

Mata wang komoditi pula mencatatkan sedikit penurunan berbanding peningkatan sebelum ini. Antara punca penurunan ini adalah disebabkan oleh kebanyakkan pelabur menjangkakan permintaan terhadap logam akan berkurangan untuk jangka masa panjang.

Pasangan mata wang USD/JPY pula naik sedikit 0.15% kepada 115.84. Keluaran Dalam Negara Kasar Jepun naik 1.1% untuk suku ke suku dan 4.6% untuk tahun ke tahun bagi suku keempat tahun 2021.

Pasangan mata wang AUD/USD naik 0.15% kepada 0.7277 manakala pasangan mata wang USD/CNY turun 0.03% kepada 6.3168.

Indeks Harga Pengguna (CPI) China naik 0.6% untuk bulan ke bulan dan 0.9% untuk tahun ke tahun bagi Februari 2022 manakala Indeks Harga Produser pula naik 8.8% untuk tahun ke tahun.

Pasangan mata wang GBP/USD pula naik 0.08% kepada 1.3114.

Kebanyakkan pelabur memilih untuk berhati-hati daripada memasuki pasaran memandangkan keadaan ekonomi dan politik dunia agak tidak stabil buat masa sekarang.

 

 

 

 

Kongsi Melalui: