TRADERTOWN.my

harga minyak picture
Gambar oleh bloomberg.com

Harga Minyak Terus Naik, Bijakkah Tindakan Barat Sekat Rusia?

Harga minyak naik semasa sesi pasaran hari Selasa.

Harga minyak mentah Brent naik melepasi $126 setong manakala niaga hadapannya pula naik 2.49% kepada $126.28.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula naik 1.92% kepada 121.69 setong.

Kenaikan mendadak harga minyak mentah ini disebabkan oleh kebimbangan pelabur terhadap bekalan minyak mentah global. Hal ini berikutan sekatan negara Eropah terhadap bekalan import minyak mentah dari Rusia.

Rusia merupakan negara pengeksport minyak ketiga terbesar di dunia dengan lebih 7 juta tong minyak mentah dan produknya dieksport pada setiap hari.

Langkah menyekat bekalan import minyak mentah dari Rusia ini turut dilakukan oleh Amerika Syarikat (A.S) meskipun A.S merupakan negara pengguna minyak mentah utama di dunia.

Sementara itu, Viva Energy dan Ampol Ltd, syarikat penapisan minyak Australia juga telah menghentikan pembelian minyak mentah Rusia sebagai respons tidak menyokong pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Namun begitu, Rusia tidak hanya berdiam diri. Setakat ini, Rusia memberi amaran akan menghalang aliran gas asli daripada Rusia ke Jerman sekiranya Jerman mengenakan embargo minyak ke atasnya.

Sekiranya bekalan minyak mentah Rusia ini masih lagi dihalang daripada memasuki pasaran global , harga minyak mentah dijangka berpotensi untuk naik sehingga sekurang-kurangnya $200 setong.

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *