TRADERTOWN.my

rundingan picture

Rundingan Rusia-Ukraine Gagal: Emas Akan Naik Lagi?

Emas turun semasa sesi pagi pasaran Asia. Namun begitu, emas sedang bersedia untuk naik selepas rundingan antara Rusia dan Ukraine masih menemui jalan buntu.

Niaga hadapan emas naik 0.58% kepada $1988.75.

Pelabur beralih kepada aset safe haven seperti emas setelah insiden pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.

Emas naik sehingga 8.5% dalam tempoh masa 2 minggu dan merekodkan kenaikan tertinggi sejak Ogos 2020.

Hasil Perbendaharaan 10 Tahun Amerika Syarikat (A.S) juga naik ke paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun. Pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan meningkatkan kadar faedahnya semasa penyerahan keputusan polisinya pada 16 Mac ini.

Selain itu, data indeks harga konsumer (CPI) Amerika Syarikat pula naik 7.9% untuk tahun ke tahun dan 0.8% untuk bulan ke bulan bagi Februari.

Bank Pusat Eropah pula mengekalkan kadar faedahnya 0% semasa penyerahan keputusan polisi pada hari Khamis lalu. Bank Jepun pula akan menyerahkan keputusan polisinya pada minggu berikutnya.

Logam berharga lain pula seperti paladium naik 0.6% kepada  $2,945.52 seauns, manakala platinum turun 0.6% kepada $1062.51 dan perak turun 0.8%.

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *