TRADERTOWN.my

dolar kanada picture
Gambar oleh Mark Blinch/REUTERS

Dolar Kanada Naik: Peningkatan Harga Minyak Tertinggi Sejak 2014?

Mata wang Dolar Kanada (CAD) naik sedikit berbanding mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD). Kenaikan ini susulan peningkatan harga minyak yang tertinggi sejak tahun 2014.

Pelabur juga menjangkakan Bank Negara Kanada akan meningkatkan kadar faedah pada minggu hadapan.

CAD didagangkan pada 1.2503, 0.01% lebih tinggi berbanding USD. Mata wang Kanada ini adalah satu-satunya matawang G10 yang didagangkan lebih tinggi berbanding USD.

Kanada ialah antara negara utama penghasil minyak mentah. Peningkatan harga minyak sangat berkait rapat dengan kedudukan mata wang Dolar Kanada ini.

Namun begitu, para pelabur masih lagi sedang menantikan data inflasi Disember 2021 Kanada yang akan dikeluarkan pada hari Rabu ini.

Data inflasi akan memberi gambaran kepada jangkaan kadar faedah yang akan ditetapkan oleh Bank Negara Kanada.

 

Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *